Lawak Bodoh: Ayam Lari

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Kepek.

Lelaki kaya : Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya).

Pak Kepek: Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan.

Selepas itu, Pak Kepek memanggil anak buahnya yang bernama Ali Kurap dan memberikan arahan…

Pak Kepek: Ali, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi).”

Ali : Hantar ayam? Beres Tuan !

Esoknya dengan menunggang motor si Ali Kurap pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ali. Tetapi si Ali tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ali ketawa …

Orang yg bertanya : Bang, abang tak apa-apa kan… ? Kepalanya tak
sakit kan?”

Ali                    : Ha… ha… ha… !

Orang yg bertanya  : Bang, kenapa bang ?

Ali                    : Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari

ke mana?  alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…..

:waa:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

7 thoughts on “Lawak Bodoh: Ayam Lari

  1. haha lcu arh.. ayam mnewr la tahu bca .. adoi.. yg ali pon satu ketwa talk tentu pasal.. i like this story.. :comel:

  2. erkk…last sekali tu bukan dialog shaheizy sam ke? dalam cita apa ntah…yg ayam dia lari pas dia jatuh moto tu…huhuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge