Lawak Polis dan Pemandu Antarabangsa

Kisah ini terjadi pada tahun 1990 semasa aku dan seorang rakan hendak mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen ‘L’ dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana kami harus cari kedai tersebut . Di pertengahan jalan , aku dengan selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang anggota polis siap bersenjata . Sebaik sahaja aku memotong terdengar suara menjerit ‘hoi’ . Aku dengan macho buat-buat tak dengar . Malangnya kawan yang membonceng telah menoleh kearah polis tersebut lalu memberitahu dengan menepuk-nepuk bahu ku bahwa polis tu suruh kami berhenti . Aiseyyy …. aku dengan berat hati dan gabra giler … berhenti di depan stesen minyak . Otak pun mula berputar-putar mencari alasan ….

Polis : Laju bawak motor ?
Aku : Maaf Bang … ehh encik … err…errr..err.. saya nak cepat nie … ada hal sikit..
Polis : Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?
Aku : Errr..errr… dengar .. ehh .. tak berapa dengar ..
Polis : Ni… nak pergi mana ni ??
Aku : Sanun !
Kawan : Sinun !
( Entah macamana kawan aku … ikut JAWAB sekali soalan tu . Serentak kami jawab sambil menunjukkan arah jalan YANG BERLAINAN menggunakan isyarat tangan ! Kami berpandangan …. aiseyyyy …. kantoi …kantoi …kantoi .. aku berkata dalam hati.

Polis : (sambil senyum) korang sebenarnya nak kemana nie ?
Aku : (tersengih-sengih) ehh .. bang… encik.. err..errr.. kitaorang sebenarnya nak cari kedai spare-part motor.. tapi tak tahu nak gi mana lagi …
Polis : Hemmm …hemmm … tengok ROAD-TAX ngan LESEN !

Alamak … part nie leerrrr yang paling aku GABRA sekali … adusssss … kantoi aku kali nie. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus mencari idea dengan mata memandang ke stesyen minyak(berfikir lerr tuu ..) ! Setelah agak lama … tiba-tiba kawan aku menegur ..

Kawan : Kau cari apa ??
Aku : Road-tax … jawab ku ringkas .
Kawan : (sambil tergelak) Mana ada road-tax kat situ ?
Aku : (terperanjat dari lamunan) Ehhh …. !!
Laaa ….. tanpa aku sedari aku sedang membuka PENUTUP TANGKI PETROL untuk mencari road-tax ! Polis yang memerhati mula tergelak-gelak .

Aku : (cover malu & buat2 lupa) Kat mana yea road-tax motor nie ??
Kawan : Bawah plastik beras tu kot …. apa daaa … bawak plastik beras !!
Aku : (Ciss … tak guna punya kawan kutuk aku ~ dalam hati) Ha … ada pun .. nie dia .

Polis : (sambil menahan ketawa) hemmmm …. ada punn .. LESEN ?
Aku : Errr…errr…errr… ada …nie dia .
Polis : Nie LESEN ‘L’ nie .. mana boleh naik …
Aku : Errr…errr..eerrr .. saya tahu bang .. tak boleh naik berdua … tapi … hari dah hampir gelap … kawan saya nie RABUN .. so … saya terpaksa bawak motor nie. Kawan saya LESEN penuh bang ..
(spontan aku jawab sambil kenakan kawan aku balik ..heeheehee)
Polis : Tengok lesen awak ..
Kawan : Ada…ada…ada…. nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )
Polis : Nie bukan lesen Malaysia nie ?
Kawan : Errr…errr… tu international lesen tu… mana-mana negara boleh pakai .
Polis : (sambil memusing-musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya KELAS ?? Takde pun tulis B ??
Kawan : (Dengan bangga dan confident) Ohhh … lesen nie saya amik kat US … lesen niee boleh bawak semua kenderaan.
Polis : (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr … Hemmm.. okey lah saya lepaskan awak berdua … tapi awak kena tukar lesen tu yea kepada lesen Malaysia . (sambil gelak-gelak)..saya berdua sebenarnya dari bahagian mencegah jenayah. Kami sedang buat rondaan biasa jerr.

Aku dan kawan : ohhh …. Mekasih bebanyak encik.

Bila polis tu belah jerrr… kitaorang berdua bantai gelak lebih2 lagi mengenangkan gelagat aku yang gabra tu. Kami CANCEL pergi kedai spare-part .. balik rumah .. sebab udah masuk maghrib … mandi dan SOLAT dulu lerrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Lawak Polis dan Pemandu Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge