Robot Tangkap Pencuri

Pada suatu masa, negara Amerika telah berjaya menghasilkan sejenis robot yang dicipta khas untuk menangkap pencuri dan peragut. Robot-robot itu boleh menangkap pencuri hanya dengan cara scanning setiap manusia yang lalu di hadapannya dan memerhatikan tingkah laku mereka.

Sekiranya ada antara manusia tersebut yang berkelakuan mencurigakan dan bersikap seperti pencuri, mereka akan ditangkap dan dibawa ke balai polis terdekat. Untuk melakukan uji kaji dan untuk memastikan bahawa robot-robot tersebut berfungsi dengan baik, robot-robot itu telah ditempatkan ke beberapa buah kota besar yang terkenal dengan kes kecurian.

Ketika sedang ditempatkan di Barcelona, Sepanyol, robot tersebut mampu menangkap 25 orang pencuri dalam masa 30minit sahaja. Manakala ketika di New York City, robot itu mampu menangkap sehingga 55 orang pencuri dalam masa 45minit sahaja. Ketika di uji di Beijing, China pulak, robot itu mampu menangkap 100 orang pencuri dalam masa 50minit sahaja. Polis-polis di negara-negara itu hanya mampu tergamam dan terpaku dan tidak mampu untuk berkata apa-apa.

Tempat uji kaji terakhir yang dijalankan adalah di Jakarta, Indonesia. Robot-robot itu telah ditempatkan di sebuah pasar malam yang mempunyai banyak sejarah kes ragut dan curi dan kemudian ditinggalkan seketika untuk menjalankan tugasnya sendiri. Setelah 5minit berlalu, polis-polis itu datang balik dan terkejut beruk apabila mendapati robot-robot mereka telah hilang entah ke mana..!!!

Wakakakaaaa…  :ketawa:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Robot Tangkap Pencuri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge