Tok Batin Lawak

Maka tersebutlah kisah seorang tok batin yang cukup banyak membantu pihak kerajaan dalam mempromosikan kraftangan masyarakat orang asli kepada para pelancong dari luar Negara. Sebagai menghargai jasanya, tok batin tersebut telah diberikan hadiah saguhati oleh pihak kerajaan. Waaahhhh.. Seronok betul tok batin gamaknya ye..?? Disebabkan terlalu seronok, tok batin yang tidak pernah keluar dari perkampungannya yang terpencil itu bercadang untuk keluar ke pekan seorang diri. Nak enjoy sikit, nak beli baju baru, tengok wayang, makan di restoran. Lalu tok batin pun bersiap-siaplah dengan baju hijau belang birunya, kemudian ambil selipar dari dalam almari. Fuuhhh..!! Masih bersih berkilat lagi selipar jepunnya kerana tok batin tidak pernah menggunakan selipar seumur hidupnya. Dia lebih suka berkaki ayam. Tok batin pun berjalanlah seorang diri untuk pergi ke perhentian bas yang terletak lebih kurang 6km dari rumah.

“Bash peghi pekan dah syampai??” Tanya tok batin pada sekumpulan anak muda yang sedang melepak di perhentian bas.

“Kejap lagi tok..”jawab pemuda tersebut dengan senang hati. 10 minit menanti, bas pun sampai. Tok batin menyuruh semua orang naik dahulu kerana dia tidak pernah naik bas seumur hidupnya. Bila semua dah naik, barulah tok batin naik, duduk depan sekali dengan konduktor bas.

“Tok nak pergi mana?”  Tanya konduktor bas tersebut.

“Ala..syaja nak peghi pekan..nak tengok c erita Hindusytang.” Jawab tok batin dengan bangganya.

Sepanjang perjalanan,. Tok batin duduk tidak bergerak-gerak kerana terlalu ngeri. Maklumlah ini kali pertama tok batin naik bas. Laju pulak tu..sesampai di pekan, konduktor menyuruh semua orang turun dari bas termasuklah tok batin sendiri.  Muka tok batin yang sejak tadi gayat, dan panic sangat, terus bangun. Sampai dekat tangga bas, tok batin terdiam. Dia tengok keliling. Tok batin tidak jadi  turun. Mukanya cemas semacam. Konduktor yang pelik tengok gelagat tok batin terus bertanya.

“Kenapa tok,ada masalah ke….??”

Dengan marah tok batin menjawab..

“Mana syelipar aku..?? Tadi masa nak naik aku memang ada taruk bawah tangga nie..!! Syapa dah kebas syelipar aku..?? kwangkwangkwang…

4 thoughts on “Tok Batin Lawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge