Hari ini Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak dengan kos permohonan FAM untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berhubung penggantungannya sebagai Timbalan Presiden FAM.
Menurut peguam yang mewakili Annuar Musa, Yusfarizal Yussoff memberitahu hakim menolak permohonan tersebut selepas mendapati permohonan yang dibuat oleh anak guamnya mempunyai asas.
Pendengaran kes ini adalah pada 5 Februari ini.
Annuar Musa mendakwa perbicaraan tatatertib dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya tidak mematuhi prinsip keadilan asasi. – foto Sinar Harian
