5 Makanan Pelik Di Thailand.

Setiap negara mempunyai makanan tempatannya yang unik dan hanya boleh didapati di satu tempat sahaja.Setiap masyarakat mempunyai selera yang berlainan.Ada yang suka makan makanan mentah dan ada juga yang tidak.Apa pun,jom kita ketahui 5 makanan pelik yang hanya boleh ditemui di Thailand.

1.Larb Leuat Neua

Seperti orang Jepun,warga Thai juga suka makanan yang mentah.Bahan utama makanan ini ialah daging lembu mentah yang ditabur dengan daun pudina dan sos pekat berwarna merah.Warga Thai gemar makan hidangan ini dengan segelas bir.

2.Goong Ten

Goong Ten membawa maksud “udang menari”.Seperti namanya,hidangan ini menyajikan udang segar yang masih hidup.Hidangan ini dimakan dengan salad dan disajikan dalam mangkuk logam.Warga Thai menyukai hidangan ini kerana udang mentah akan mengeluarkan rasa masin saat digigit.

3.Larb Mote Daeng

Semut merah dan telur-telurnya juga menjadi hidangan pilihan warga Thai.Membayangkan semut dan telur semut sebagai makanan memang menjijikkan bagi orang luar.Namun kata mereka,seandainya orang luar ditutup mata dan disuruh mencuba hidangan ini,pastinya mereka akan mengatakan hidangan itu sedap.Menurut mereka,semut merah mempunyai rasa seperti jeruk kerana semut merah memakan daun mangga manakala telur semut mempunyai rasa seperti mentega asli.

4.Yam Kai Yeow Maa

Salad Thailand ini dicampur dengan telur itik yang sudah diawet.Telur yang diawet ini berwarna hitam dan kenyal.Pengemar hidangan ini mengatakan mereka bosan dengan telur rebus biasa dan lebih menyukai tekstur dan rasa berbeza hidangan ini.

5.Kai Khao

Telur ini mengandungi embrio dan lebih kurang sama dengan makanan yang ada di Filipina.Jika dilihat dari luaran,telur ini kelihatan seperti biasa tetapi cubalah pecahkan telur ini,anda akan nampak embrio ayam,burung atau itik di dalamnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “5 Makanan Pelik Di Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge