Impak Perniagaan Kek Cawan

Sebagai negara membangun yang dijangka akan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, terdapat banyak peluang perniagaan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Bagi rakyat yang bermodal kecil, mereka boleh merebut peluang perniagaan dalam industri kecil mahupun sederhana. Antaranya termasuklah perniagaan kek cawan yang semakin diminati ramai oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua ataupun muda, mahupun yang miskin atau kaya. Namun persoalannya kini adalah, apakah impak perniagaan ini terhadap masyarakat dan negara?

Perniagaan kek cawan ternyata memenuhi keperluan wanita moden dewasa ini yang semakin sibuk dengan pelbagai tugas. Dahulu, kebanyakan wanita merupakan surirumahtangga sepenuh masa. Mereka berpeluang menyediakan pelbagai juadah istimewa untuk ahli keluarga mereka. Namun dewasa ini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai isteri dan ibu, tetapi juga wanita korporat, ketua di pejabat serta profesionalis. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunya banyak waktu untuk menyediakan juadah untuk ahli keluarga. Tuntasnya, kek cawan merupakan alternatif terbaik bagi wanita berkerjaya bagi menyeimbangkan antara wanita dan juga keluarga.

cupcakes15

Dalam pada itu. Perniagaan kek cawan turut merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara. Sejak perniagaan ini wujud di negara kita, ribuan rakyat telah berjaya memperoleh pekerjaan. Suasana ini amat menyenangkan ditambah pula ia dapat mungurangkan kadar pengangguran di negara kita sekali gus telah mengubah landskap hidup masyarakat yang bergantung pada kehidupan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Perniagaan kek cawan di luar bandar juga tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Keadaan ini telah membuka mata masyarakat bahawa kuih yang dibuat untuk keluarga sebenarnya boleh dikormesialkan dan menjana keuntungan sekali gus menjana ekonomi serta meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.

Walau bagaimanapun, perniagaan kek cawan turut mempunyai kesan negatif tersendiri. Antaranya termasuklah hilangnya tradisi pembuatan kuih muih tradisional. Kek cawan yang dibuat menggunakan resepi terkini telah ‘menghilangkan’ kuih muih tradisional di pasaran. Tidak dinafikan bahawa terdapat juga kek cawan yang berbentuk kuih tradisional seperti bahulu dan kuih bakar, tetapi rasanya jauh berbeza daripada kuih tradisional asli. Masyarakat terutamanya penggemar kuih tradisional yang menyedari keadaan ini berasa bimbang kerana salah satu identiti bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di negara ini adalah penyediaan kuih tradisional. Pengambilalihan kek cawan dalam masyarakat daripada kuih tradisional sedikit sebanyak menjejaskan identiti serta jati diri bangsa pada masa akan datang.

Kesimpulannya, industri kek cawan banyak mendatangkan impak positif dan negatif. Meskipun wujud kebimbangan dalam masyarakat tentang kehilanhan kuih tradisional, tetapi dalam hal ini mereka perlu bersikap lebih terbuka. Hal ini demikian kerana masih terdapat pelbagai cara untuk mengekalkan kuih tradisional. Selain keprihatinan masyarakat, peniaga kek cawan juga paerlu memberi peluang kepada pengusaha kuih muih tradisional untuk memasarkan kuih tersebut dengan menggunakan jenama kek cawan yang berperisa asli. Dengan cara ini, situasi menang-menang akan dapat dicapai sekali gus menyahut seruan 1 Malaysia daripada Perdana Menteri kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Impak Perniagaan Kek Cawan

  1. salam dari Klang untuk bro Rozzan. Semalam saya mencuba kulit kpiraap yang you papar kan kat blog u ni..sedap sungguh dan rapuh..Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dengan bloggers lain, banyak pahala nye..Saya nak cuba pulak kueh lapis kacang hijau ni plak, nak bagi kat jiran tepi ni yang nak mengawin kan anak nya hujung minggu ni..assalamualaikum..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge