Sejarah Asal-Usul Mi Segera

Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak,biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit.Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana ia sebenarnya sudah pun dimasak di kilang,biasanya dengan menggoreng.

Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen.Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China dimana mi yimian digoreng,membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat.

Serupa juga,”mi benang ayam”(mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.

Momofuku Ando

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan,Momofuku And?,pengasas syarikat Nissin Foods,salah satu Foods pengeluar mi segera terbesar hari ini. Mi keluarannya direbus dengan perencah,digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan,kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba,seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi And? membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958,Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia,Chikin Ramen(ramen segera berperisa ayam) di Osaka.Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan,mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi.Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan,sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.

Menurut satu undian di Jepun,mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.Karaoke menduduki tempat kedua,manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.Setakat tahun 2005,lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.

China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia manakala Indonesia memakan 12 bilion dan Jepun 5.4 bilion.

Secara per kapita,rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.

Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge