Aku penulis Blog..

Salam kepada semua.

Aku nak taip apa ek dalam blog ni. Hurm.. memandangkan aku cuma penaip sampingan je disini dan juga merangkap ahli jawatankuasa yang layak melantik diri sendiri untuk menaip selama mana yg aku mahu, jadi aku harap aku akan diterima dan disokong oleh semua pihak, termasuk lah ketua kampung, ketua daerah, YB, mahupun ketua negara.

Untuk sesi perkenalan dalam post pertama ni, tak perlu la aku bercerita berat – berat sangat.. kita ringan – ringan sahaja.. memandangkan aku pun belum decide lagi apa fokus penulisan aku dalam blog ni. Mengikut nama blog (esempoi.com), lebih logik kalau penulisan aku berunsurkan sempoi, santai, relaks, dan seangkatan dengan nya. Mungkin sesiapa di luar sana ada apa – apa cadangan yg bernas untuk di kongsikan bersama dgn aku. Boleh la utuskan surat menyurat di peti komen yerk.. ada masa terluang, akan aku layankan.. *Zassss*

1st impression

Kalau aku kebuntuan idea sgt, mungkin aku akan mengarut apa yg terlintas di fikiran ni..atau pun sekadar mengikut rentak jari jemari aku yang akan menari atas keybord ni. Kalau rancak lagu nye, rancak la penulisan kat dalam ni. Kalau sayu lagu nye, maka lemah gemalai la gaya penulisan time tu.

Apa – apa pun, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih la kepada saudari Shifaa kerana memberi sedikit kepercayaan kepada aku ini. Walaupun kami tak penah bersua muka sebelum ini, aku amat gembira sbb dapat peluang ini. Aku tak dapat bayangkan kalau kami penah bertemu.. kemungkinan besar aku perlu merayu untuk mendapatkan peluang ini.. haha. terlampau over aku mengarut di tengah malam ni. Layan kan saja apa yg terlintas di benak fikiran ni.

Ok la ek.. sebelum berlakunya pembaziran huruf – huruf mahupun ruang didalam ni.. aku meminta izin untuk berambus dahulu. Semoga kita ketemu lg dalam ruangan yg akan datang..

Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Aku penulis Blog..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge