Artis Prihatin Gaza

Susulan daripada pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad pada Sabtu lalu,TV3 dengan kerjasama Primeworks Studios bakal menerbitkan konsert mini amal Untukmu Palestin pada hari ini yang akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2,Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula pukul 11 malam.

Konsert mini yang akan bersiaran selama satu jam menampilkan barisan artis hebat seperti Faizal Tahir selaku teraju utama dan turut ditemani oleh Aizat,Kumpulan Raihan,Hafiz Hamidun,Noh Salleh(Hujan),Tomok dan Misha Omar.Tujuan utama konsert ini adalah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Tabung Kemanusiaan Palestin dan inisiatif murni untuk membantu ribuan mangsa serangan tentera Israel.

konsert mini ini merupakan platform terbaik untuk menyeru dan mengajak orang ramai termasuklah badan-badan korporat untuk beramal melalui sumbangan terus kepada tabung khas ini.Lebih istimewa,Faizal Tahir yang pernah dilantik sebagai duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin oleh TV3 pada tahun 2010 akan mendermakan tiga trofi yang dimenanginya sepanjang enam tahun dalam arena seni.Kesemua trofi tersebut akan dilelong khas kepada badan korporat yang berminat untuk membuat bidaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge