Asal-Usul Nama Hantu

1.Hantu Raya
Berasal dari Tanah Melayu.Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya,sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.Kegemarannya mencuri kuih-kuih raya.Tempat menginapnya disyaki di balai-balai raya.

2.Hantu Langsuir
Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap lalu terus mati.Selepas itu,dia selalu datang menjeguk langsirnya.Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3.Hantu Stokin
Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.Hidupnya asyik dengan stokin.Tidur stokin,makan stokin,minum stokin.Sehinggalah kawan-kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4.Hantu Jerangkung
Dipercayai berasal dari Tanah Besar China.Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran.Hari-hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar.Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang,kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu.Perkataan akhirnya ialah ‘jerangkung’,jadilah Hantu Jerangkung.Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari.

5.Hantu Pontianak
Disyaki berasal dari India.Seorang lelaki,Encik Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh.Orang kampung
selalu menyindir anak ponti ini,’Ponti punya anak’.Ponti sangat malu dan mengurung anaknya.Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek,Oi!Pontianak,maka lekatlah nama pontianak.

6.Hantu Penanggal
Seorang ibu tiri yang kejam,hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya.Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang-orang kampung.Hebohlah satu kampung ‘Lari,lari,Penanggal’.

7.Hantu Pocong
Berasal dari Puchong.Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu.Dia ni suka sangat menipu.Senang cerita,kaki cong la.Bila dia mati terlompat lompatlah dia,nak pergi cong orang.Pucong!Pucong!

8.Hantu Kom-Kom
Berasal dari Hantu Komputer,macam korang yang suka main komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia.Disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer.Akhir sekali disebutlah hantu Kom-KOM.shortcut dari Komputer jadi lah KOM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge