Asian Beacon Patut Minta Maaf Kepada Masyarakat Iban

Baru-baru nie masyarakat etnik di Sarawak telah digegarkan oleh satu artikel berani mati yang telah menuduh dan menghina masyarakat Iban di Sarawak dengan pelbagai tohmahan mengenai gaya hidup lampau etnik tersebut.

Artikel itu telah disiarkan oleh The Asian Beacon dan penulis berani mati yang dimaksudkan adalah HENRY NG. Artikel tersebut antara lainnya menyatakan bahawa kehidupan masyarakat Iban di Sarawak adalah yang paling mundur, mereka memakan ulat yang hidup dalam batang sagu dan mereka juga mengamalkan gaya hidup seks bebas dimana ibu pihak perempuan akan menyerahkan anak perempuannya untuk tidur bersama dengan teruna iban dengan harapan agar anaknya akan dikahwini oleh lelaki tersebut.

Kita ikuti apa yang diulas oleh Henry Ng dalam artikelnya..

“The Ibans generally enjoy smoking and drinking, and they often get drunk during festive seasons or special occasions like weddings”.

* ingin saya persoalkan disini, adakah hanya etnik iban sahaja yang meminum arak dan alkohol serta merokok?

“They are also inclined to be immoral. I have seen men from another longhouse entering a different longhouse to look for women. After drinking ‘tuak’ or rice wine, the inhabitations are lowered and sexual activities are common”.

* ingin juga saya persoalkan, adakah bukan menjadi lumrah kehidupan dunia zaman sekarang yang mengamalkan kehidupan tidak bermoral seperti seks bebas, mencari teman hidup yang berbeza jantina, meminum tuak beras @ arak beras? Sekiranya begitu, perlulah diisytiharkan bahawa masyarakat zaman sekarang juga telah kembali ke zaman kuno kerana mengamalkan seks bebas dan meminum minuman yang memabukkan.! Dan saya ingin mencabar Henry Ng untuk menjawab soalan ini..

MR HENRY NG, DID U SEE THIS ALL BY YOURSELF OR U HAVE JUST READ ONE OR MORE BOOKS AND MADE YOUR OWN SPECULATIONS ON IBAN ETHNICS? BECAUSE IF U REALLY GONE FOR VISITING ON THE IBAN LONGHOUSEs, YOU WILL SURELY SEE CIVILIZATION AND MODERNITY IN IT AND NOT PEOPLE LIVING ON TREES AS HUNDREDS OF YEARS AGO??

“Mothers are known to have offered their daughters for sex in the hope that the men will marry their daughters.”

* kecaman ini sememangnya tidak benar. Pihak ibu bapa cuma mengatur perkahwinan anak-anak mereka dengan teruna iban dan bukannya menyerahkan anak dara mereka untuk ditiduri. Hal ini sememangnya normal dan kecaman seperti ini dengan jelasnya berbaur hasutan.!

“they do not have refrigerators and they therefore use salt on all their leftovers to preserve the food”.

* kecaman ni merujuk kepada makanan masyarakat etnik iban yang memakan pekasam ikan dan untuk pengetahuan Henry Ng, pekasam ikan adalah makanan yang paling digemari oleh masyarakat di Sarawak dan sekiranya anda mengecam makanan tradisional tersebut, samalah seperti anda mengecam seluruh masyarakat Sarawak dari pelabagai etnik seperti Punan, Penan, Kenyah, Kayan, Bidayuh, Melayu dan macam-macam lagi.

Apa yang ditulis dalam artikel ini dengan jelas menghasut dan memutarbelitkan kenyataan mengenai kehidupan masyarakat Iban kini dan sekarang. Hal ini sememangnya tidak dapat di terima berikutan isu sensitiviti perkauman yang ditunjukkan, tambahan pula, mana-mana masyarakat etnik di Sarawak tidak pernah pula mengecam dan menghina masyarakat lain.

Oleh itu, tiada sebab untuk Henry Ng mengecam masyarakat Iban sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini. Disini, cuma ingin dijelaskan dengan lebih terperinci lagi bahawa hakikat yang ditunjukkan oleh Henry Ng dalam artikelnya merupakan hakikat kehidupan masyarakat Iban pada zaman dahulu. Namun, perlu juga dijelaskan bahawa kehidupan masyarakat Iban zaman dahulu juga tidaklah seteruk yang dikecam oleh Henry Ng seperti yang ditulisnya dalam artikel tersebut.

Mana-mana masyarakat etnik di Sarawak merupakan masyarakat yang sangat unik dan budaya mereka tetap tidak seteruk amalan puak Amazon di Afrika ataupun masyarakat Red Indian di negara Barat yang dahulunya mengamalkan kanibalisme.

Walaupun pihak The Asian Beacon telah meminta maaf kepada masyarakat Iban, namun bagi saya adalah lebih baik sekiranya Henry Ng sendiri yang menghadiri press conference dan meminta maaf kepada semua. Sekiranya perlu, sujud dan minta maaf kepada semua kerana manusia seperti anda tidak sepatutnya menjadi warganegara Malaysia yang mengamalkan sikap pro perkauman antara manusia dan anda juga tidak seharusnya menjadi seorang mubaligh kerana sikap anda tidak menepati ajaran agama yang anda sendiri percayai..!

* saya, penulis blog esempoi juga merupakan etnik Bidayuh Sarawak dan Mr Henry Ng, ANDA PASTINYA TIDAK MENJANGKAKAN SEORANG ETNIK BIDAYUH SARAWAK MENULIS SECARA ONLINE DARI ATAS POKOK KAN.?? :nangis3:

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Asian Beacon Patut Minta Maaf Kepada Masyarakat Iban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge