Berebut Nak Menjadi Gila.!

Pada 1896, dua lelaki Itali yang menggelarkan diri mereka sebagai Wildness Perversion dan Without Name telah menubuhkan satu kumpulan yang dikenali sebagai Mortuari Drape. Turut menganggotai kumpulan tersebut ialah Witch dan The Alchemist. Bagaimanapun, album pertama mereka gagal mencuri perhatian pengikut black metal yang lain yang kesemuanya berajakan kumpulan-kumpulan dari Sweden dan Norway. Bagi pengikut aliran muzik tersebut,album itu tiada kelaianan langsung dan tiada konsep tersendiri.

Mortuary Drape perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kumpulan mereka. Kalau tidak, cita-cita mereka untuk menempatkan diri setanding dengan Mayhem, Burzum dan Immortal akan menjadi sia-sia. Maka satu konsep tersendiri pun ditampilkan tidak lama kemudian., iaitu Black-Occult-Metal. Itulah ideologi yang Mortuary Drape perkenalkan, kesyaitanan, mistik, ghaib dan supernatural.

Pada tahun 1989, album mereka yang berjudul Doom Return muncul dengan kulit album duhiasi gambar tengkorak dan rangka manusia di atas sebuah keranda usang yang diterangi dua batang lilin. Replika?? Bukan.! Tengkorak dan rangka manusia itu adalah yang tulen dan digali dari kubur.!! Semasa mengadakan persembahan di atas pentas, tengkorak dan rangka-rangka manusia itu dilonggokkan di atas pentas dan dipuja-puja umpama syaitan. “NOW, MORTUARY DRAPE ARE TRUE BEASTS OF  ITALIAN BLACK METAL.!!! STAY EVIL IN TOTAL DESTRUCTION…!!!  laung salah seorang ahli kumpulan Mortuary Drape ketika mengadakan persembahan tersebut.

                                                        

Sebenarnya, bukan Mortuary Drape sahaja yang sanggup menjadi “gila” untuk memberikan kelainan pada muzik black metal yang mereka mainkan. Di Amerika Syarikat, anggota kumpulan Profanatica berbogel dengan badan berlumuran darah kerana ingin menunjukkkan bahawa mereka lain dari yang lain. Salah seorang ahlinya mempunyai coretan darah berbentuk salib terbalik di badannya.

                                               

Host dari kumpulan Taake pula sengaja mengoyakkan seluar hitamnya betul-betuldi bahagian kemaluan agar ia mudah dijelirkan ketika berada di atas pentas.! Seorang black metal dari Norway, Vlort Klompt Oberdeen, pula berkurung dalam peti ais sebelum gambarnya yang disaluti cebisan ais dirakam menjadi hiasan kulit album.

Untuk apa semua itu?? Semuanya dilakukan bagi menunjukkan yang mereka benar-benar lain dari yang lain. Itulah antara bentuk persaingan yang terdapat dalam aliran hitam black metal.

:nyayi:  Hmm..macam2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Berebut Nak Menjadi Gila.!

  1. Uranus is the planet of revolution and freedom. Those
    who are under the influences of planet Uranus tend to

    :lala: :ketawa: :comel: :dsadasccc: :kenyang: :bye: :hi:

    rebel against limitations. They look rude but that is the
    law of Uranus. They just like to be different from others…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge