Berpeluh Darah

Setiap kali dia stress, beberapa anggota badannya akan berpeluh, tetapi anehnya, peluhnya berwarna merah seperti darah. Keadaan ini menyebabkan seluruh pakaiannya berlumuran darah setiapkali dia berpeluh. Twinkle Dwivedi dari sebuah pecan kecil di Lucknow, Uttar Pradesh, India menghidap penyakit yang luar biasa. Badannya kerap berpeluh ‘darah’ walaupun tidak mengalami luka. Keunikangadis ini mendapat perhatian beberapa orang doktorpakar di India.Namun, selepas doktor tersebut menjalani kajian tersebut, doctor tidak dapat mengesahkan jenis penyakit yang dihidapi oleh Twinkle.

“Twinkle seorang gadis yang unik. Dia mudah berpeluh darah walaupun tidak luka. Kami tidak dapat mengesan penyakit sebenar yang dihidapinya. Kami masih mengkaji sejauhmana keadaan kesihatannya,” kata Dr. Drew Provan dari Institut SainsPerubatan All India di Delhi. Sejak dilahirkan, keadaan kesihatan Twinkle seperti bayi-bayi yang lain, sihat tanpa menghadapi masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, ketika usianya mencapai 7 tahun, keadaan kesihatannya mulai berubah.

“Dia mudah berpeluh. Doktor mendakwa peluh Twinkle bercampur darah walaupun ia tidak begitu pekat. Tetapi, dia tidak berasa sakit atau mengalami simptom yang lain,” kata ibunya, Nandani. Setiap kali Twinkle berpeluh, kesihatannya akan terganggu. Dia mudah diserang batuk-batuk, demam, lesu dan sebagainya. Selain mendapatkan rawatan dihospital, Twinkle juga pernah menjalani rawatan tradisional, homeopati namun keadaannya tidak juga berubah. Sehinggalah usianya mencecah 13 tahun, keadaannya masih begitu. Menurut Nandani, sudah puas dia membawa Twinkle berubat namun jawapannya tetap sama, Twinkle terkena sumpah sehingga menyebabkan badannya sentiasa berpeluh darah, lebih-lebih lagi sewaktu dia mengalami stress. Twinkle juga pernah dibawa ke kuil, masjid dan gereja untuk memulihkan semangat Twinkle dari gangguan jin. Namun segala usahanya itu tidak berhasil biarpun banyak duit dihabiskan untuk berubat. Aditya Kuma Dwivedi, ayah Twinkle yang bekerja dengan stesen keretaapi diraja turut melahirkan rasa terharu atas apa yang berlaku keatas anaknya. Kisah Twinkle pernah mendapat liputan meluas di beberapa media tempatan dan luar Negara.Sejak tersebarnya berita tersebut, Twinkle mendapat kunjungan ramai terutama pakar perubatan dari luar dan dalam negeri.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat di kampungnya, Twinkle terkena sumpah gara-gara sikap keluarganya yang tidak pernah percaya akan perkara tahyul. Namun keluarganya menafikan semua itu dan menolak andaian Twinkle diganggu kuasa ghaib. Kuma berkata, dia tidak percaya anaknya terkena sumpah kerana selama ini mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang memungkinkan keluarganya menimpa bala.Twinkle dinasihatkan agar tidak banyak melakukan aktiviti yang membolehkan dia berpeluh. Malah Twinkle sendiri cuba mengelakkan dirinya daripada stress yang menyebabkan dia mudah berpeluh darah. Di sekolah, Twinkle tidak banyak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku dan dan membuat kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya. Pergaulannya pula tidak terbatas.Twinkle merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Adik-beradiknya tidak menghadapi sebarang masalah sepertimana yang dialami oleh Twinkle. Dia masih lagi dibawah pengawasan doktor untuk menilai sejauh mana ‘peluh darah’ itu  membelenggu hidupnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge