British dan Penentangan Terhadap Mereka di Kalangan Pejuang Negara

Pengaruh British mula bertapak di Tanah Melayu pada tahun 1786 selepas Francis Light mendarat di Pulau Pinang. Pulau Pinang dijadikan petempatan British. Seterusnya, British meluaskan kuasanya ke beberapa negeri Melayu lain yang kemudiannya berjaya diletakkan di bawah pentadbirannya.
Sabah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Sarawak pula ditadbir oleh Keluarga Brooke. Kerajaan British tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran di Sabah dan Sarawak sebelum 1946. Pentadbiran  British memperkenalkan banyak pembaharuan serta membuat banyak perubahan  ke atas corak pemerintahan tradisional. Campur tangan British di negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan Sistem Residen dan Penasihat British. Pengenalan sistem ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati khususnya golongan pembesar kerana kedudukan mereka tergugat. Sesetengah pembesar telah kehilangan kuasa memungut cukai dan kuasa kehakiman. Residen dan penasihat pula telah melampaui kuasa mereka sebenarnya.

Perubahan-perubahan yang dibuat oleh British dilaksanakan secara tergesa-gesa dan tidak mempertimbangkan perasaan orang Melayu. Akhirnya, berlaku penentangan tokoh-tokoh tempatan ini berlandaskan kepada dua matlamat utama iaitu untuk mengusir penjajah British dari negeri Melayu dan mengekalkan sistem pentadbiran tempatan yang menjamin kekuasaan dan kedaulatan sultan. Namun, perjuangan tokoh-tokoh tempatan ini gagal kerana tiada penyatuan di kalangan rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “British dan Penentangan Terhadap Mereka di Kalangan Pejuang Negara

  1. Seperti kesah Tok Sago dan Tok Maharajalela..
    Benarkah Si-Putom yg berani membunuhnya..??

    :ketawa: :super: :hi: :nangis3: :bye:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge