Chelsea Tidak Mahu Lampard Lagi

Karier Frank Lampard bersama skuad The Blues sampai ke penghujungnya selepas dia diarah untuk mencari pasukan baharu sebaik musim perpindahan pemain dibuka 1 Januari 2013.Menurut satu sumber dalaman kelab yang berpangkalan di Stamford Bridge itu,Lampard sangat tertekan kerana dia mahu terus bermain untuk Chelsea tetapi Chelsea memberitahunya supaya mencari kelab lain pada Januari depan.

Lampard menerima berita yang mengejutkan itu sebelum dia meledakkan gol dari jarak 25 meter dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong di Stamford Bridge sebaik mengetuai pasukan itu mencatat kemenangan besar 8-0 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana England.

Lampard menyertai kelab itu pada tahun 2001.Sepanjang tempoh itu,dia membantu Chelsea memenangi satu trofi Liga Juara- Juara,tiga Liga Perdana England,empat Piala FA dan dua Piala Liga.Kontrak asal Lampard akan berakhir pada musim panas depan dan dia berharap persembahannya di padang mampu mendorong kelab untuk menyambung perjanjian tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Chelsea Tidak Mahu Lampard Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge