Gunung Ais Menyanyi

Semuanya bermula pada bulan Julai dan November, tahun 2002, ketika para ilmuwan dari institute tersebut menjalankan penelitian ke atas gerakan Bumi di Antartika. Saat tekun merakam bunyi  seismos untuk mengukur gempa bumi dan gerakan tektonik pada lempeng ais di pesisir Atlantik, Selatan Antartika, tiba-tiba mereka terdengar signal akustik berfrekuensi sekitar 0.5 hertz.

Bunyi aneh tersebut terlalu rendah untuk didengar oleh manusia. Namun, jika hal menganehkan itu dimainkan pada kelajuan lebih tinggi, maka akan muncullah suara seperti dengungan lebah. Malah, ada ketikanya melodi tersebut seperti orchestra, atau seperti alat muzik biola yang dimainkan secara serentak seperti burung bersenandung. Tapi, apakah bunyi aneh tersebut? ‘Siapa’ sebenarnya yang mengalunkannya dan darimanakah ia datang? Mustahillah jika suara itu milik seseorang kerana Antartika merupakan dataran yang tidak berpenghuni. Perkara ini, benar-benar membuatkan para saintis bingung.

Untuk mengetahui dari mana datangnya bunyi tersebut, para ilmuwan membuat keputusan untuk mengesan punca suara misteri itu. Menurut seorang saintis Fielax, awalnya mereka tidak ada penjelasan mengenai fenomena pelik tersebut. Mereka hanya menduga kemungkinan bunyi tersebut berpunca dari masalah teknikal. Ada kemungkinan juga, bunyi tersebut datang dari pergerakan retakkan bumi. Tapi, setelah dijejaki irama pencetus irama tersebut, ternyata andaian mereka silap. Rupa-rupanya, bunyi tersebut terhasil dari gelombang suara yang berasal dari gunung ais.

Namun,soalnya kini, bolehkah gunung-ganang bersenandung? Jika benar, maka penemuan ini menjadi satu lagi pendedahan tentang perkara aneh yang berhubung dengan karakter alam semesta yang kita tidak ketahui. Bagaimanapun, hasil analisa menunjukkan gelombang suara dari gunung ais tersebut bukanlah terhasil dengan sendirinya atau disebabkan oleh kuasa ghaib. Sebaliknya, para saintis sepakat bahawa bunyi yang agak menakutkan itu digerakkan oleh saliran air yang mengalir dicelah-celah dinding dan terowong gunung ais pada tekanan yang sangat tinggi.

Perubahan tekanan arus air yang mengalir menyebabkan terhasilnya getaran dan nada turun naik seperti sebuah lagu. Dan muzik itulah yang berjaya dirakam oleh saintis Alfred Wegener Institut for Polar & Marine Research. Para saintis mencuba untuk mengekploitasikan fenomena tersebut  untuk kegunaan dalam bidang lain. Akhirnya, penemuan gunung ais bernyanyi yang bersaiz 30 kilometer hingga 50 kilometer membuka ruang untuk kajian sampingan yang lain. Yang paling penting, ia dapat membantu para saintis untuk lebih memahami tentang letupan gunung berapi, gempa bumi dan plat tektonik. Ini kerana, rakaman getaran gunung ais yang berjaya di tangkap itu sangat mirip dengan getaran atau gegaran gunung berapi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge