Jangkitan HIV/AIDS Meningkat

Remaja zaman sekarang lebih terdedah kepada gejala sosial yang memungkinkan mereka dijangkiti penyakit HIV/AIDS. Antara perlakuan yang imaksudkan adalah amalan seks bebas, berkongsi jarum suntikan dan banyak lagi. Ini sangt menyedihkan kerana remaja adalah tiang negara. Jom baca laporan yang dipetik dari Utusan Borneo nie..

KOTA BAHARU: Cara jangkitan berpunca daripada perkongsian jarum suntikan kepada melalui aktiviti seks tidak selamat menyebabkan bilangan mereka yang menghidap HIV/AIDS di Malaysia meningkat, kataPresiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Rahim Khan.

Beliau berkata, perubahan itu memberi kesan besar dalam usaha kerajaan membendung masalah jangkitan HIV dan AIDS kerana meletakkan wanita sebagaikumpulan sasar yang terdedah kepada penyakit tersebut.

“Sebagai bukti, bilangan wanita yang dijangkiti HIV semenjak 10 tahun lalu  berganda tiga kali dengan nisbah 1.2 peratus pada 1990 kepada 9.4 peratus di tahun 2000,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS di sini, semalam.

Mohd Zaman berkata, sehingga Dis 2009 seramai 9,891 orang didapati menghidap HIV dan AIDS di Malaysia terutama melalui hubungan seksual seperti heteroseksual, homoseksual dan transeksual yang mencatat 48.7 peratus melepasi jangkitan akibat penggunaan dadah melalui suntikan iaitu sebanyak 47.4 peratus.

Beliau berkata, jangkitan secara vertikal terus meningkat sebanyak 1.2 peratus atau 40 kes di mana 13 daripada kes berlaku di kalangan kanak-kanak bawah umur dua tahun.

“Kelantan mencatat kadar penghidap HIV tertinggi dalam negara, iaitu pada 2010 sebanyak 28.8 kes untuk setiap 100,000 penduduk, dua kali gandatingginya berbanding kadar kebangsaan 12.9 kes,” katanya.

Berucap pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Penjara itu berkata mengikut data, kematian akibat HIV dan AIDS tahun lepas di Kelantan mencatat bilangan tertinggi iaitu seramai 156 orang.

“Ini diikuti Selangor 144 kes, Pahang (96), Johor (94), Perak (73), Terengganu (71), Kuala Lumpur (57) dan Kedah 55 kes,” katanya.

Mohd Zaman berkata negeri-negeri lain seperti Perlis sebanyak 11 kes, Pulau Pinang (21), Negeri Sembilan (33 ), Melaka (29 ) dan Sabah sebanyak 25 kes.

Beliau berkata, pendidikan agama menjadi antara cara terbaik dalam usaha menangani gejala merebaknya penyakit itu seperti juga usaha menangani dadah melalui pusat-pusat rawatan berkonsepkan Islam.

Kira-kira 100 orang peserta mengambil bahagian dalam seminar dua hari itu yang diadakan sempena Hari AIDS Sedunia, bertemakan “Menuju Sifar Jangkitan HIV, Sifar Diskriminasi, Sifar Kematian Berkaitan Dengan AIDS”. — Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge