Kisah Isteri Aku…

Bosan2 cam ni, mari kita baca ini cerita sikit, ada seorang suami namanya Samad. Satu hari dia bercerita lah dengan kawan baiknya yang bernama Karim. Dia bercerita kepada Karim tentang isterinya yang betul-betul sayang padanya.

Kata Samad, kalau dia tak pergi kerja, misal kata demam atau sebagainya, dia akan dilayan bagaikan raja. Isterinya tidak akan keluar rumah, manakala pintu dan tingkap pun ditutup supaya tiada orang yang akan datang mengganggu.

“Dia cukup suka kalau aku ada dirumah. Isteri kau macam mana pulak?” Tanya si Samad kepada kawannya Karim.

“Eh, isteri aku lagi dasyat,” jawabnya Karim. “Kalau aku MC, bukan setakat tutup pintu atau tingkap, malah kalau posmen ke,Bangla hantar gas ke, Pakistan jual karpet ke berhenti depan rumah, isteri aku terus berlari keluar rumah dan menjerit –>

“LAKI SAYA ADA DI RUMAH! LAKI SAYA ADA DI RUMAH!”

Haha.. tau ke maksudnya, korang paham2 la sendiri sebab aku pun tak tahu.. haha…

:-)

9 thoughts on “Kisah Isteri Aku…

  1. si isteri tuh na ksuruh beli karpet lah tuh…raya kan dah nak dekat…erk puasa pun belum start lagi…. kopak2 duit suami… huhu :nangis:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge