Kuntilanak Oh Kuntilanak..

Maka tersebutlah kisah 3 ekor pontianak yang masing-masing nak tunjuk teror satu sama lain. Lalu diorang pun mengadakan sebuah pertandingan nak tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah,sangat gerun dan menyeramkan.

Terus dia berkata : “Korang berdua nampak tak kampung kat seberang bukit itu?” Yang dua ekor pontianak tu pun cepat-cepat angguk, “Nampak,nampak.” “Satu kampung tu…habiissss aku kerjakan!!!!” Lalu dia pun ketawa mengilai-ngilai macam orang baru lepas dari Tanjung Rambutan.

Dua ekor pontianak tu mendengar keangkuhan pontianak muda dengan rasa hangin satu badan. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

“Korang nampak Bandar tu yang 20km jauhnya tu?”, katanya dengan muka yg kerek giler. “Nampak ler”, yang dua angguk-angguk macam burung belatuk. “Satu bandar itu dah aku beresssssssskan!!!” kata si pontianak yg setengah abad sambil ketawa mengilai-ngilai. “hiii hiiiiii hiiiiii hiiiiiiiiiiiiii…!!!!!!”.

Pontianak yang paling tua makin hot, last-last dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang macam kilat. Amatlah terperanjat dua ekor sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya… Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, “gilaa ahh dia ni..! tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power daa”. Sambil mengosok gosok hidungnya pontianak tu pun berkata , “Korang nampak tak tembok batu tu ?”

“Nampak! Nampak!”, kata yang 2 ekor tu…

“Err tadi aku tak nampak pun..”.  :kenyang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Kuntilanak Oh Kuntilanak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge