Fakta Pelik Hari Ini…

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code’ bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code’ adalah `chewing gum’ Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara’.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama – belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua – mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
dalam hidup. Ketiga – mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Fakta Pelik Hari Ini…

  1. Semua Planet2 diangkasa bergerak mengelilingi Matahari
    mengikut pusingan jam, kecuali planet Venus yg melawan jam….

    :ketawa: Mitos ada menghikayatkan ada Malaikat yg mula cemburu kapan
    mendengar kelebehan Manusia hidup diBumi. Lantas Malaikat neh mohon
    pada Tuhan ingin turun seketika melehat apakah sebab Manusia diciptakan
    dan apakah yg mereka buat diBumi. Setelah Malaikat neh da puas berada
    diBumi, lalu Malaikat neh terbang semula keangkasa. Tetapi Malaikat neh
    separuh jalan da ngak bisa masuk semula ruang langit ketempat asalnya…

    :lala: Cobak renong dan fikirkan koq kenapa Malaikat neh da ngak pantas
    terbang lagi keatas Alam Tinggi masuk semula ketempat asalnya…???
    Apakah kesudahannya yg terjadi pada Malaikat neh……??????

    :sd: :study: :fikir: :confused: … :dsadasccc: …

  2. Terasa nak bagi komen, komen la cepat..
    Kite orang nak tahu ni. Apa komen anda?? …

    @ 13 …
    :fikir: Ada 3 macam Manusia dimuka bumi neh…
    (1) Manusia Bijak – Karna belajar dari berpengalaman sendiri.
    (2) Manusia Cerdik – Karna belajar dari pengalaman orang laen..
    (3) Manusia Bodoh – Karna ngak mahu belajar dari pengalaman
    sendiri ato dari pengalaman orang laen…

    :fuh: :terkejut: Manusia Bodoh Sombong – Yg neh namanya
    Jahil Murakab, jahil yg bersoson2. Lagaknya macam semuanya
    dia serba tahu, lagak macam orang2 pandei. Yg dia ta tahu malu
    pula na bertanya, pada hal apah ta hal, sepatah haram pun ta reti….

    :ketawa: :confused: Manusia Terlampau Cerdik – Yg neh manusia
    jenis yg pentingkan untong dirinya sendiri. Apa2 hal dia masuk dulu
    kedalam na untong dulu. Kawan setia pun sanggop ditinggal kat luar.
    Kawan yg tertinggal diluar tuh, “Cerdik ……… ” apa namanya tuh..?? :dsadasccc:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge