- Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.
- Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
- Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.
- Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
- Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.
- Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.
- Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
- Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
- Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.
- Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
- Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.
- Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.
- Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.
- Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
ialah seberat 1.36 kg.
- Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
- Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.




April 2, 2011
#1
….ZAMAN KE2 NABI NOH AS BAKAL BERULANG..??….
Global Warming – Kalo bungkah ais diKutub Utara dan Selatan tuh
da cair, paras air laut da tambah 60 meter dari paras biasa, dunia
neh da bisa karam. Kalo begitu da gak apa gunanya Malaysia ada
Kapal Singh dan Karam Singh, keduanya da kapal karam.. Kedua
tuh Benggali murtad karna ngak pakei serban, namun ada satu lagi
kat mereka yg gak murtad, yg tuh da sentiasa berserban….
Koq begitu agaknya keadaannya seperti apa yg digambarkan dlm
filem “2012″. Kalo bahtera2 Noh Ke2 tuh hanya utk orang2 jutawan
billionair aja, alamatnya 99.99% penduduk dunia bisa pupos mati
tenggelam…. Semasa zaman Nabi Noh AS tuh ada meriwayatkan
hanya 44 pasangan ummatnya yg beriman yg selamat termasuk
pasangans hewan dlm bahteranya. Ceritanya Anak serta Isterinya
sendiri pun ngak beriman setelah banyak kali beri amaran. Anaknya
terjun kelautan terpesona dgn pujukan Puaka Laut berkepala lembu,
yg menjanjikan dilautan lagi banyak harta karun, dari bahtera bapanya
yg gak menjanjikan apa2….
Ada mengatakan putaran air Banjir Dunia Pertama kemuncaknya
tuh sekitar Mekah. Bahteranya Noh AS membuat 7 kali putaran.
Dikepala bahteranya diterajui Ayam Jantan, karna ayam jantan
tuh dimitoskan sebagei Penjaga Waktu. Akhirnya apabila banjir
surut, bahteranya terdampar dikawasan Turki. Yg terselamat itulah
yg meneruskan survival penghidupan sebagei penyambong warisan
dan tamaddun manusia baru seterusnya…
Apaan mesej dari “2012″ tuh bisa berlaku..?? Koq sebahagian kontinen
aja yg bisa tenggelam. Permukaan laut dan struktur dataran bumi zaman
Noh AS tuh kita gak tahu….. Sekarang neh da jauh berubah dan alam
sentiasa berubah. Itulah hukum2-Nya Allah….. Allahu’alam…..
July 13, 2011
#2
apa yang menarik perhatian aku ialah ratu anai2 tuh.. kemampuannya untuk hidup selama 500 tahun tuh…
August 15, 2012
#3
tipu la sgt smpai RATUS2 JUTA mati tiap2 tahun kt sungai Huang Ho, nk tipu pom agak2 la..