Misteri Gua Son Doong Yang Bersiul

Gua Son Doong di Vietnam memiliki ukuran panjang sekitar 5 km, tinggi 200 m, dan lebar 150 meter. Gua ini telah dinobatkan sebagai gua terbesar di dunia mengalahkan Gua Kijang di Malaysia yang hanya memiliki ukuran 2km, tinggi 100 meter, dan lebar 90 meter. Gua Son Doong yang terletak di Taman Nasional Phong Nha-Ke Bang, Kabupaten Bo Trach, Provinsi Quang Binh, Vietnam ini selain memiliki ukuran yang sangat besar juga memiliki keunikan lain iaitu ia mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan suara siulan sepanjang hari tidak kira pada waktu malam ataupun siang.

Para pengkaji Inggeris telah datang ke gua ini pada tahun lalu untuk mengkaji dan terkejut dengan ukuran gua ini.  Mereka juga mengkaji bunyi-bunyi aneh seperti siulan yang dikeluarkan oleh gua ini. Kumpulan pengkaji dari British Cave Research Association itu telah menemui punca suara-suara aneh yang selama ini ditakuti penduduk tempatan. Menurut mereka siulan aneh itu berpunca  daripada angin dan juga air yang mengalir deras dari sungai bawah tanah sehingga menggemakan suara-suara aneh itu.

Para ilmuwan Inggeris ini bukanlah yang pertama menemui gua raksasa tersebut kerana penduduk setempat meyakini bahawa H?-Khanh yang menemukannya pada tahun 1991. Dia telah memberitahu mengenai penemuan itu, tapi tidak ada yang berani datang ke sana kerana siulan-siulan aneh yang muncul dari dalam gua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

3 thoughts on “Misteri Gua Son Doong Yang Bersiul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge