Pantang Larang Orang Jepun.

1.Kepercayaan nombor 4 dan 9
Angka 4 dan 9 dianggap sebagai nombor atau angka sial di kalangan masyarakat Jepun kerana sebutannya iaitu 4 sama dengan kata untuk “kematian”(shi).Manakala nombor 9 pula disebut “ku” bermaksud “kesengsaraan”.Oleh kerana itu,orang tidak boleh membuat hadiah yang terdiri daripada empat bahagian atau kuantiti dan seumpamanya.

Di Jepun ada beberapa hotel dan hospital di mana bilik yang menggunakan angka 4 dan 9 akan samaada tidak diwujudkan terus atau dinamakan sebagai nombor sebelumnya dengan tambahan sekuens seperti 3b,13A dan sebagainya.Begitu juga dengan nombor pada katil di hospital di mana nombor 4 dan 9 tidak digunakan.

2.Penyepit(Copstik) dibiarkan tertusuk ke nasi
Jangan sekali-kali anda menusuk penyepit copstik anda ke dalam makanan terutamanya ke dalam nasi kerana perbuatan itu hanya dilakukan semasa upacara pemakaman jenazah(copstik ditusuk ke dalam nasi untuk tujuan adat pemakaman orang yang meninggal).

3.Berikan makanan dari penyepit kepada penyepit
Ini hanya dilakukan dengan tulang-tulang badan si mati di tempat pemakaman.

4.Tidur mengarah ke Utara
Jangan tidur dengan badan berdepan ke arah utara kerana hanya mayat sahaja yang diletakkan sedemikian.

5.Jangan tunjukkan ibu jari anda
Jika kereta jenazah melintasi anda,anda harus menyembunyikan ibu jari anda.Sekiranya tidak,ibubapa anda dikhuatiri akan meninggal dunia selepas ini.Kepercayaan ini berdasarkan kepada perkataan “oya yubi” yang bererti “ibu jari” manakala “oya” juga membawa erti “ibubapa”.

6.Potong kuku pada malam hari
Jika anda memotong kuku pada malam hari,anda tidak akan dapat bersama ibubapa anda ketika mereka mati.

7.Berbaring setelah makan
Jangan anda sekali-kali berbaring sebaik saja selepas makan,kerana akan dikhuatiri menjadi seekor lembu.

8.Bersiul di malam hari
Jika anda bersiul di malam hari,ular itu akan datang kepada anda.

9.Kucing hitam
Ada juga beberapa kepercayaan tahyul yang diambil daripada kepercayaan lain seperti percaya bahawa sekiranya kucing hitam menyeberangi jalan di hadapan anda,ianya akan menyebabkan nasib buruk atau sesuatu perkara buruk akan berlaku pada anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge