Pengantin Baru Dikelar dan Ditikam

Kejam sungguh dunia hari ini yek..saban hari semakin banyak kes wanita dan budak-budak yang tak berdosa dijadikan mangsa pembunuhan atau penderaan. Hmm..nak jadi ape agaknya dunia sekarang nie..takyah tengok jauh ar, macam kes yang berlaku 2 hari yang lepas, seorang pengantin yang baru 6 bulan mendirikan mahligai bahagia telah dikelar di lehernya dan ditikam bertubi-tubi beberapa kali. Mayatnya telah ditemui oleh sang suami yang baru balik dari kerja pada hari kejadian. Bayangkan betapa remuknya hati si suami apabila melihat mayat isterinya yang telah hancur diperlakukan sedemikian rupa. Ikuti laporan yang telah dipetik daripada akhbar Harian Metro ini.

KUALA LIPIS: Seorang isteri muda baru enam bulan berkahwin ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar dan tubuhnya ditikam beberapa kali di rumahnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin. Mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring berlumuran darah di dapur rumah oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27, sejurus pulang daripada menoreh getah kira-kira jam 5.40 petang. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, polis percaya pembunuhan itu tidak bermotifkan rompakan kerana barang kemas mangsa tidak hilang, namun polis masih mengenal pasti punca sebenar kejadian. Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersendirian di rumahnya manakala suaminya keluar bekerja menoreh getah. “Sebaik tiba di rumah, si suami memanggil mangsa beberapa kali, namun tiada sahutan sebelum terkejut apabila menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah di dapur,” katanya. Menurutnya, suami mangsa menghubungi Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, untuk memaklumkan kejadian berkenaan, kira-kira jam 6 petang kelmarin. Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa baru enam bulan mendirikan rumah tangga itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian. “Mangsa dipercayai mati beberapa jam sebelumnya. Siasatan mendapati leher mangsa bukan saja dikelar malah tubuhnya turut ditikam beberapa kali dengan senjata tajam oleh penyerang dipercayai lebih daripada seorang,” katanya.Abdul Razak berkata, hasil soal siasat dan keterangan suami mangsa, polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menurutnya, jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Kuala Lipis (HKL), pagi semalam.

Renung-renungkanlah..dan bagi si pembunuh, bertaubatlah sebelum terlambat..al-Fatihah bagi mangsa dan seluruh ahli keluarganya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

6 thoughts on “Pengantin Baru Dikelar dan Ditikam

  1. @ kakyong:
    btul … ksian … ksian kat suami , dlu dia kje 24 jam semata2 nak cari duit utk kwen .. dah kwen , mcm nie jadi .. Ya Allah . tmpatkan Arwah ditmpat org2 yg beriman …. Amin !!

  2. itulah realiti dunia sekarang..beringatlah rakan-rakan ku sebelum tibanya saat kita dikapankan..bak kata lagu nasyid yang pernah famous sebelum nie, ingat lima perkara, sebelum lima perkara. Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati.. :teruja:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge