Pokok Pelangi dan Kewujudannya

Bagi yang tidak pernah melihat fenomena aneh seumpama itu, pastinya tertanya-tanya apakah jenis pokok itu? Apabila diselidik, flora ganjil itu rupanya pokok daripada kumpulan Eucalyptus. Pokok spesies ini merupakan salah satu daripada 700 jenis pokok berakar tunjang yang ditemui didunia.      Menurut pakar Fizik Kayu, Jabatan Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, pokok tersebut memang wujud. Secara saintifiknya, pokok ini dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta. Ia adalah spesies pokok yang berasal dari Negara Australia.

Pokok spesies ini sangat istimewa berbanding pokok-pokok yang lain. Keseluruhan fizikal pokok dipenuhi pelbagai warna-warni, kecuali pada bahagian daunnya. Tidak hairanlah ada sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai ‘Pokok Pelangi’. Tapi, kenapa tersebut boleh mengeluarkan warna sama seperti pelangi? Mengapa keistimewaan itu hanya dimiliki oleh sebahagian pokok tersebut dan tidak pada keseluruhan tumbuhan yang lain.    Alasan mengapa bukan semua organisma seperti pokok tersebut di planet ini mampu mengeluarkan warna seperti Eucalyptu Deglupta masih belum dapat dijelaskan secara saintifik. Namun, menurut Dr. Mohd Zain, fenomena berkemungkinan terjadi akibat tindak balas yang berlaku antara sel-sel fisiologi pokok. Secara normal, sel-sel ini akan bertindak balas semulajadi pada bahagian batang pokok. Ia terjadi kerana melalui proses pengantian kulit pokok. Setiap tahun, kulit pokok akan menjalani proses pengantian kulit yang baru setiap masa, tetapi proses penggantian itu tidak terjadi secara total, sebaliknya secara berperingkat mengikut bahagian-bahagian yang tertentu.

Sebagai contoh, penggantian kulit yang pertama akan menghasilkan warna hijau, kemudian penggantian kulit yang kedua berwarna hijau akan berubah menjadi biru, oren, ungu dan merah. Kemungkinan besar, proses proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian-bahagian tertentu dibatang pokok yang menyebabkan warnanya menjadi pelangi.

Eucalyptus Deglupta adalah sejenis pokok kayu yang mampu tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok tersebut ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutama sekali ia digunakan dalam industry pembuatan produk kayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge