GameNow WP Theme

Dark Light
Projek Seni Sempoi dan Unik

Unik, sempoi dan luar biasa..!! Itu lah yang boleh di ulas mengenai empat projek seni yang kreatif dan berdaya cipta oleh artis-artis yang telah menggunakan beberapa medium untuk mewujudkan hasil seni mereka. Tak guna ulas lebijh alnjut, korang saksikan sendiri ek..??

1. Nama projek : ‘Paper Darth Project’ 

     Pencipta : Lobulo Design

 Projek Seni Sempoi dan Unik

Artis bernama Javier yang berasal dari London dan juga dikenali sebagai Lobulo Design, adalah seorang pereka pintar yang menggunakan kertas untuk mewujudkan gambar yang rumit. Dalam sebuah video yang menunjukkan proses kreatifnya, Javier kelihatan memotong kertas dan menempatkan setiap helai tersebut dengan teliti. Projek itu telah ditugaskan oleh ‘Gooo,’ sebuah majalah dwitahunan untuk seni tampak dan ekspresi grafik, dan telah diedarkan secara positif di kalangan blog kreatif yang terbaik.

2. Nama Projek : ‘Lottery Tickets’

     Pencipta: Ghost of Dream

 Projek Seni Sempoi dan Unik     Projek Seni Sempoi dan Unik    Projek Seni Sempoi dan Unik

Menggunakan tiket loteri yang terbuang, pasangan pereka Ghost of Dream menghasilkan seni dengan menggunakan bahan-bahan yang paling dijangkakan. Menurut dua artis ini, Lauren Was dan Adam Eckstrom, tiket-tiket loteri ini adalah gambaran mimpi yang tidak tercapai. Mereka mendapati bahawa beribu-ribu tiket loteri tersepah di merata Brooklyn, New York. Atas penemuan ini, mereka mula mengumpul tiket loteri yang terbuang. Ini membentukan asas seni mereka yang unik, yang bertujuan untuk membina semula tiga buah benda yang biasanya dibeli oleh pemenang loteri: “Dream Car,” “Dream Vacation,” dan “Dream Home.” Instalasi yang pertama, iaitu Hummer H3 skala penuh diperbuat dengan menggunakan tiket loteri yang bernilai $39,000.

3. Tajuk Projek : ‘The Obliteration Room’ 

     Pencipta : Yayoi Kusama

 Projek Seni Sempoi dan Unik    Projek Seni Sempoi dan Unik

Apa yang anda dapati apabila anda mengambil sebuah bilik dicat putih dan mengarahkan sekumpulan kanak-kanak untuk menghias ruang tersebut dengan pelekat-pelekat yang pelbagai warna? Hasilnya adalah instalasi Yayoi Kusama yang mengagumkan yang bernama, ‘Obliteration Room.’ Sepanjang dua minggu, bilik tersebut bermula sebagai satu ruang yang bersih dan minimalis, tetapi akhirnya berubah menjadi sesuatu berbeza yang penuh dengan pelekat-pelekat yang berwarna. Instalasi ini adalah sebahagian dari pamaren Kusama ‘Look Now, See Forever’ yang ditunjukkan sehingga 12 Mac di Galeri Seni, Brisbane.

4. Tajuk Projek : ICONATOMY 

     Pencipta : George Chamoun

 Projek Seni Sempoi dan Unik   Projek Seni Sempoi dan Unik   Projek Seni Sempoi dan Unik

Dalam projek terbarunya bernama Iconatomy, George Chamoun menggunakan dua gambar yang mencerminkan Hollywood lama dan baru. Diatas imej hitam dan putih bintang-bintang ikonik seperti Marilyn Monroe, Cary Grant dan Audrey Hepburn, Chamoun meletakkan imej warna penuh pelakon-pelakon kontemporari Scarlett Johansson, George Clooney dan Natalie Portman untuk mewujudkan satu hasil karya yang sungguh menarik.

 

 

pixel Projek Seni Sempoi dan Unik
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


No comments currently exist for this post.
Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta