Sejarah Awal Kewujudan Garpu

Garpu atau dalam bahasa English nya, FORK, pertama kali dipakai pada zaman pertengahan. Bangsawan Itali mula memperkenalkan penggunaan garpu pada abad ke 11, diikuti dengan penggunaan garpu di Sepanyol pada abad ke 16, dan kemudian di Perancis sekitar abad ke 14. Manakala di benua Amerika pula, penggunaan garpu diperkenalkan pada tahun 1611 oleh Thomas Coryat melalui bukunya “Coryat’s Curdities Hastily gobbled up in Five Months Travels in France, Savoy, Italy, &c.”.

Namun begitu, syor Thomas Coryat mengenai penggunaan garpu untuk memakan makanan sebagai menggantikan sudu tidak diterima baik oleh masyarakat sekelilingnya berikutan imej garpu tersebut yang menyerupai peralatan yang digunakan oleh syaitan untuk menyeksa manusia di alam neraka. Malah, Thomas telah diejek dengan nama Furcifer yang bermaksud, pemegang garpu.

Di beberapa wilayah di Thailand, penggunaan garpu masih dianggap sebagai kurang sopan dan kurang ajar. Garpu juga sempat dihubungkan dengan dunia syaitan apabila seorang puteri dari Yunani telah meninggal dunia setelah memperkenalkan penggunaan garpu kepada tetamu di majlis perkahwinannya dengan seorang ketua hakim pada pemerintahan Venice, iaitu Domenico Selvo. Mereka yang hadir ketika itu menyifatkan peristiwa itu sebagai hukuman daripada Tuhan.

Walaupun etika penggunaan garpu telah diterima secara meluas pada ketika ini, namun masih terdapat sesetengah pihak yang lebih gemar memakan menggunakan tangan. :nyayi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge