Semakin Kacak Seorang Lelaki,Semakin Tinggi Peluang Kehamilan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Pennsylvania menyatakan bahawa penampilan fizikal dan ketampanan seseorang lelaki mempunyai fungsi besar untuk meningkatkan peluang kehamilan pasangannya.Kumpulan penyelidik di universiti itu mendapati daya tarikan fizikal lelaki mempunyai kaitan dengan kepuasan bercinta bagi pasangannya dan mempengaruhi peluang kehamilan.

Para penyelidik menjalankan kajian ke atas 110 pasangan yang berasal dari pelbagai wilayah di Amerika.Mereka mengambil gambar lelaki terbabit dan mengukur bentuk tubuh berdasarkan penilaian tubuh yang ideal.

Kemudian,responden wanita diminta membuat penilaian berdasarkan susunan gambar dan menyatakan tahap kepuasan ketika bercinta dan berasmara.

“Hasil penelitian yang dijalankan menunjukkan,wanita memperoleh lebih kepuasan jika pasangannya mempunyai tubuh dan wajah yang dianggap penarik.Kami juga mendapati responden wanita yang memiliki pasangan tampan,cenderung untuk mempunyai ramai anak,” kata seorang penyelidik dalam kumpulan itu.

Bagaimanapun, hasil kajian itu menimbulkan kontroversi dan ia dipercayai menyebabkan lelaki berwajah tampan berasa angkuh.Pakar kesihatan dan terapi seks dari New Zealand,Robyn Salisbury,berkata beliau meragui wujudnya kaitan antara kepuasan bersama pasangan tampan dengan peningkatan peluang kehamilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge