Siapa Orang Pertama Yang Menggunakan Kokain?

Peluang bagi seseorang penagih kokain untuk berhenti daripada tabiat menagih kokain adalah sangat tipis disebabkan oleh kandungan kokain yang kuat yang membuatkan penagihnya menjadi sangat ketagih. Kokain di definisikan sebagai sejenis tepung kristal putih yang diperolehi dari ekstrak dan  isolasi daun coca (erythoroxylon coca) yang dapat menjadi perangsang pada sambungan urat saraf dengan cara diminum dengan mencampurnya dengan minuman, dihisap seperti rokok, disuntik ke dalam pembuluh darah, dihisap dari hidung dengan paip kecil, dan macam-macam cara lain lagi.

Penggunaan kokain boleh menimbulkan kesan sampingan yang sangat berbahaya seperti :
~ Darah tinggi
~ Susah untuk tidur
~ Bebola mata menjadi kecil
~ Hilang nafsu makan / kurus
~ Rentak jantung menjadi cepat
~ Terbius sesaat, dan banyak lagi..

Namun, tahukah anda siapakah orang pertama yang menggunakan kokain dalam sejarah peradaban manusia?

Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahwa peradaban Inca di Peru telah mengunyah daun koka yang merupakan bahan dasar kokain, sejak 8000 tahun yang lalu. Jadi, boleh dikatakan masyarakat Peru adalah pengguna kokain pertama. Menurut para pengkaji yang mengkaji penggunaan kokain ini, reruntuhan di bawah lantai rumah di barat laut Peru menunjukkan bukti bahwa koka sudah dikunyah bersama dengan batuan kaya kalsium sejak ribuan tahun lalu. Batuan ini dibakar untuk membuat kapur dan dikunyah dengan koka untuk melepaskan lebih banyak bahan kimia aktif. Daun koka mengandungi pelbagai senyawa kimia yang dikenali sebagai alkaloid. Di zaman moden ini, daun koka lebih dikenali sebagai kokain, yang diekstrak dengan cara kimia yang kompleks.
Alkaloid lain dalam daun koka boleh memberi kesan rangsangan, mengurangkan rasa lapar dan membantu pencernaan serta dapat mengurangkan kesan negatif bagi mereka yang tinggal di daerah dataran tinggi dengan lingkungan rendah oksigen. Tabiat mengunyah daun koka untuk tujuan perubatan telah dikenali sebagai hobi masyarakat Peru sejak lama dahulu, setidaknya sepanjang peradaban Inca. Namun pada zaman sekarang, kokain telah disalah gunakan sebagai dadah di kalangan para remaja yang selalu iongin mencuba perkara baru yang lebih mencabar yang membawa kepada kemusnahan masa hadapan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge