Sigmond, Albert dan Mata Hari

  • Sigmond Freud, ahli psikologi terkemuka tidak pandai membaca jadual perjalanan keretapi. Oleh itu, beliau perlu sentiasa ditemani jika hendak ke mana-mana.

  • Apakah kata-kata terakhir Albert Einsten sebelum meninggal dunia? Malang sungguh, tiada sesiapa yang tahu kerana dia bertutur dalam bahasa Jerman sedangkan ketika di penghujung nyawanya Einstein dijaga dan dirawat oleh jururawat yang tidak pandai dalam bahasa tersebut.

  • Gadis Belanda bernama Getrud Zelle mempunyai paras yang jelita. Dia digelar Mata Hari dan bekerja sebagai seorang penari kelab malam.Namun tiada sesiapa yang menduga bahawa, dalam pada meliuk-liukkan tubuh dan melontarkan jelingannya yang menggoda itu, Mata Hari sebenarnya seorang perisik. Dalam senyap, Mata Hari menggunakan hubungan akrabnya dengan pelanggan-pelanggan lelaki untuk mencari maklumat. Yang mendebarkan, Mata Hari menjadi perisik untuk 2 negara sekaligus iaitu Jerman dan Britain yang saling bermusuhan semenjak Perang Dunia Pertama. Kehebatan Mata Hari itu kemudiannya diadaptasi¬† ke layar perak melalui filem berjudul Mata Hari (1931). Aktres terkenal, Greta Garbo sebagai pendukung wataknya. Kisah sensasi ini tambah menarik kerana di luar filem pun Garbo sebenarnya seorang perisik.! Melalui maklumat yang diberikannyalah, Ketua Perisik Sweden, Willian Stephenson Berjaya membuat jalan-jalan rahsia bagi membolehkan juruterbang tentera bersekutu yang ditembak jatuh di Eropah melepaskan diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Sigmond, Albert dan Mata Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge