Siti Bidik M16

Wow.! Hanya tu lah perkataan yang dapat eSempoi keluarkan apabila melihat gaya penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti membidik M16 ketika menjalani sesi latihan menembak Platun Seni Rejimen Askar Wataniah (RAW) yang berlangsung di Kem Perdana Sungai Besi beberapa hari yang lepas. Kata Datuk Siti mengulas mengenai latihan membidik M16 yang dijalaninya itu, beliau sedikitpun tidak merasa gentar mahupun culas memegang senjata tersebut. Ini kerana beliau pernah menembak dalam aktiviti ketenteraan selain mengikuti latihan menggunakan pistol di kelab menembak. Korang tengok gambar nie..kita layannn…………..

                

Ha macamana..? Nie eSempoi pun nak serulah kepada muda mudi zaman sekarang nie ha..kalau rasa-rasanya dah takde kerja lain nak buat kat rumah selain daripada makan anggur tu, lebih baik korang cepat-cepat ke mana-mana pusat pendaftaran askar wataniah di seluruh negara dan jangan dok duduk melepak kat rumah aje. Sedangkan artis yang sibuk memanjang dengan konsert nya, dengan filemnya, dengan dramanya pun ada meluangkan masa untuk berkhidmat untuk negara, apa lagi korang yang terperap kat rumah tu..meh kita sama-sama sertai rejimen askar wataniah dan bersama-sama menyumbang untuk keharmonian negara kita yang tercinta ini.  :lala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge