Update sempoi-sempoi

okeh, kat sini aku nak umumkan juara komen mengomen kat blog ni untuk bulan January 2009 ialah Ross, seperti yang dijanjikan pemenang akan dapat hadiah kaspersky 2010 ataupun hadiah wang tunai..hoho.. Ross nanti tunggu email dariku ye =) Akhirnya aku dapat online secara aman kat laptop aku sendiri hoho..terima kasih kat topo sebab tolong aku update blog ni selama sebulan… Banyak gak la halangan aku nak beli laptop…tapi akhirnya aku dapat gak, dan aku sangat-sangat berpuas hati dengannya. Mula-mula aku cadang nak beli DELL XPS 13 Dell Studio XPS 13 Laptop

Dell Studio XPS 13 RM 3,499 Intel® Core™2 Duo Processor P7450 (2.13GHz/ 1066 FSB/ 3MB Cache) 320GB (7200 RPM) SATA Hard Drive

memang smart gak la XPS 13 ni, pastu aku pun tempah la kat sebuah kedai ni kat Plaza Alam Central sebab aku malas nak tempah online. Nak dijadikan cerita, aku terpaksa tunggu 2 minggu untuk dapat laptop ni. Lepas 2 minggu aku call kedai tu banyak kali, tapi tak angkat-angkat telefon. Aku pun bergegas la pegi kat kedai tu dalam hujan…tragis. Sampai je kat sane, rupa-rupanya laptop tu dah sampai tapi orang kedai tu kata belum boleh ambil lagi, dia suruh datang esok. Esoknya aku datang lagi kat kedai tu, bila bukak je…webcam lak problem. driver not found. Pastu dia baiki jab (2 jam gak la aku kat situ) tapi tak boleh jugak. Pastu, dia kata nak hantar kat dell semula. Aduh, kene tunggu lagi. 2 hari lepas tu aku call semula, pekerja dia cakap model tu tak boleh support webcam!! eh biar betul, aku pun call la dell tanya betul ke apa yang pekerja tu cakap. sebab setahu aku takkan la dell nak jual benda yang rosak kan?? Pastu dell cakap, patutnya takde ape-ape masalah…. Hurm…aku dah tak sedap hati dengan kedai ni. Macam nak tipu orang je. Aku pun pegi la kat kedai tu balik pastu terus jumpa dengan bos dia. Rupa-rupanya laptop tu dah hantar kat dell tapi aku kene tunggu 2 minggu lagi untuk dapat yang lain.. woi, biar betul, berapa lame nak tunggu ni, hu Pastu, dia sibuk call aku suruh ambil gak laptop yang rosak tu dulu. Nanti dia bagi free webcam ataupun bag pack. Dalam hati macam dah tak nak je laptop tu..huh, mane ade customer ambil barang yang dah rosak. Aku pun surf la internet semula, sebab nak cari laptop yang lain.. Kemudian….akhirnya aku dah jumpa!! aku pun bergegas la ke Mid Valley…. dan TADAAA!!

MacBook - Apple Mac Malaysia from Machines Apple Premium Reseller

MACBOOK

  • 2.26GHz Intel Core 2 Duo
  • 2GB DDR3 memory
  • 250GB hard drive1
  • 8x double-layer SuperDrive
  • NVIDIA GeForce 9400M graphics
  • Built-in 7-hour battery2
  • Polycarbonate unibody enclosure

Aku terus beli macbook ni dengan harga RM2999 (masa ni tengah promotion ye) di kedai Machine Mid Valley tak sampai 2 jam pun, on the spot terus dapat. Best betul la. Kesimpulannye aku nak cerita, kalau dah bukan rezeki kita memang macam-macam halangan kita dapat. Bersyukur la dengan apa yang ada..Yay!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Update sempoi-sempoi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge