Celcom telah melancarkan pakej prepaid broadband terbaru yang dinamakan Instanet. Broadband atau Jalur Lebar Instanet ini menawarkan akses internet kepada pelanggan yang tidak mempunyai modem USB yang berharga RM30 sebulan.
Mmanakala pelanggan dengan modem sedia ada dapat menikmati akses internet dengan serta-merta iaitu Instanet Prepaid Pack, juga dengan harga RM30 sebulan. Sementara itu, jalur lebar mudah alih prabayar juga disediakan bagi langganan harian RM5 dan langganan mingguan sebanyak RM18.
Harganya boleh dikatakan berpatutan. Jadi kepada pelanggan celcom anda boleh lah cuba pakej ini dan kepada pelanggan baru anda pun boleh cuba. Menurut pihak celcom, mereka mensasarkan sehingga 200,000 pelanggan Instanet bagi tahun ini, 2011.
Cuma bagi saya, harap Celcom dapat pertingkatkan lagi keluasan dari segi isyarat terutamanya 3G supaya setiap pelanggan dapat menikmati kelajuan yang tinggi bagi internet. Setiap kawasan perlu disediakan dengan kelajuan 3G terutamanya di kawasan luar bandar. Teruskan usaha Celcom.

aku anti lah ngan celcom ni. terus malas dah ngan celcom.hehehehe.
setuju , keluasan jajahan internet kena lagi diperluaskan… di kawasan luar bandar…
emm..entahla..broadband ni..susah sket la nak cakap..
celcom…power di pantai timur..haha hotlink jajah kl je..celcom jajah byk tempat..!! tapi saya kecewa dengan sikp perkhidmatan celcom ni..!sebab…dlm masa 3buln kita tak top4 dia block terus..dulu ambik kredit dulu!!..haizz marah ni..dah la kredit aku ada rm 40.79..dlm tu..tak ambik terus je potong line
luar bandar susah sbb kabel kene curi!! sakai tol
zik wrote:
kat kawasan sy, celcom agak slow la…
rm30…kira dah ok, cuma problemnya…kawasan je
skrg ni streamyx tetap dihati..haha
@ zik:
betul2…sangat setuju