Panggung Anniversari disuntik elemen futuristik

Panggung Anniversari di Taman Botani, Tasik Perdana Kuala Lumpur, telah disuntik dengan elemen futuristik bagi menyerlahkan struktur seni binanya yang dulunya kelihatan suram .

Dilaporkan banyak perubahan yang dapat dilihat antaranya dari segi kemudahan awam seperti tandas, bilik orang kenamaan dan lain-lain.

Panggung itu merupakan satu kebanggaan rakyat Malaysia walaupun jarang dilawati,kata Poobalan Ramaya, 27, seorang pengunjung yang pergi ke panggung itu.

“Dulu masa zaman kegemilangannya, panggung tersebut sentiasa ramai pengunjung menikmati hiburan secara percuma di hujung minggu,” katanya.

Panggung Anniversari dibina pada ulang tahun kesepuluh kemerdekaan negara pada tahun 1967 dan telah disumbangkan oleh Syarikat Tembakau Malaya, Shell Berhad dan Dunlop.
Gabungan elemen futuristik dan moden menyerlahkan kehebatan Panggung Anniversari.


Suasana Panggung Anniversari lama ketika menjadi tumpuan orang ramai suatu ketika dulu.Panggung Anniversari ini seolah-olah ditinggalkan apabila banyak pentas lain muncul yang menawarkan hiburan percuma sekitar pertengahan tahun 1980-an.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge