Taman Tema Legoland vs Universal Studios.

Taman Tema Legoland pertama di Asia yang dibuka secara rasmi semalam telah dibanjiri lebih 10,000 orang.Seawal 7 pagi pengunjung telah berkumpul di pintu masuk untuk memasuki taman tema yang berkeluasan 31 hektar itu yang terletak di Nusajaya.

Keadaan itu telah mencetuskan keyakinan ia bakal menjadi daya tarikan baharu pelancongan mengatasi Universal Studios di Singapura.

Taman Tema Legoland yang pertama di Asia ini merupakan Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England,Legoland California dan Legoland Florida di Amerika Syarikat serta Legoland Deutschland di Jerman.

Sebagai simbolik kepada upacara pembukaan, Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst menaiki kereta penyelamat mini Lego sambil diiringi persembahan pancaragam dan maskot yang memeriahkan lagi suasana.

“Ia merupakan saat yang begitu emosi untuk saya dan setiap orang di Legoland.Saya amat bernasib baik kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang merasakan saat emosi seumpama itu di sini,” Kata beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge