Tempat Menarik Di Ayer Hitam Johor

Ayer Hitam merupakan salah satu tempat menarik yang terletak antara Kluang dan Batu Pahat, Johor. Ayer Hitam ni terkenal dengan tempat membeli belah barangan kraftangan, pasu, patung mainan dan macam2 lagi. Selain tu, ayer hitam juga popular dengan pusat menjual barangan kahwin sepertimana yang terdapat di Nilai 3, Negeri Sembilan.

DSC01343

Untuk datang ke ayer hitam mudah sahaja iaitu dengan melalui lebuhraya PLUS. Cari EXIT tol ayer hitam dan bila keluar tol jumpa traffic light tapi terus masuk kiri. Seterusnya jalan depan sikit dah jumpa kawasan beli belah ayer hitam disebelah kiri. Jika terus lagi sampai ke simpang 4 traffic light pun boleh juga. Pun masuk belah kiri. Kat belah kanan dan kiri ada banyak kedai cenderamata, bantal dan lain2.

DSC01333

Selain daripada kawasan membeli belah, ada juga kawasan pelancongan. Jalan nak masuk ke kiri dari simpang 4 tadi. Terus jalan dalam 5 minit akan jumpa Tropical Village di belah kanan. Situ boleh masuk, bayar dan melawat apa yang ada. Selain tu, di kawasan situ ada juga macam wet land. Cuma tak berapa menarik tapi sesuai la untuk aktiviti jalan2.

download

Untuk yang suka makan putu bambu, boleh cuba singgah di gerai berdekatan simpang 4 traffic light ayer hitam tu. Kalau nampak gerai tepi jalan yang besar dan ramai orang singgah beratur betulla tu. Hehe. Untuk yang suka barangan tembikar boleh pergi ke Claytan. Tempatnya sama jalan untuk pergi ke Tropical Village tadi, pun belah kanan jalan juga. Boleh dapat harga murah dan borong.

Apapun, selamat melancong dan jalan2 di dalam negara. Banyak tempat menarik sebenarnya di dalam negara kita ni. Utk yang berdekatan batu pahat boleh tengok kat sini jugak k:

http://www.esempoi.com/pelancongan/tempat-menarik-di-batu-pahat-johor/

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

3 thoughts on “Tempat Menarik Di Ayer Hitam Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge