Tempat Menarik Di Ayer Keroh

Melaka merupakan sebuah negeri yang bersejarah dan bandarayanya pula dinamakan sebagai bandaaraya bersejarah. Sebenarnya banyak tempat menarik untuk dilawati di Melaka dan antara yang popular adalah Ayer Keroh. Ini kerana Ayer Keroh merupakan pintu masuk ke bandaraya Melaka dari arah utara disebabkan exit highway PLUS adalah di tol Ayer Keroh.

Terdepat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi di Ayer Keroh lebih2 lagi semasa cuti sekolah. Senarai tempat menarik di Ayer Keroh adalah seperti di bawah:

1) Zoo Melaka

Zoo Melaka dikatakan zoo kedua terbesar di Malaysia yang meliputi kawasan seluas 54 ekar dan menempatkan lebih daripada 1,200 ekor haiwan dari lebih 200 spesis.  Zoo Melaka mempunyai banyak tarikan, antaranya adalah:
  • Mini Safari
  • Persembahan pelbagai binatang
  • Persembahan Gajah
  • Aktiviti menunggang gajah dan kuda
  • Kedai cenderahati
  • Zoo malam

Jika nak tengok aktiviti pada waktu malam, boleh masuk pada waktu malam itu selepas 8 malam. Ini dinamakan Night Safari atau zoo malam. Memang menarik kalau bawa keluarga lebih2 lagi anak2 kecil. Untuk mengunjungi zoo ini, boleh keluar exit Ayer Keroh lebuhraya PLUS dan jalan ke hadapan beberapa km dan akan jumpa zoo disebelah kiri.

zoomelaka

2) Taman Buaya

Dihadapan Zoo Melaka di seberang jalan ada Taman Buaya yang boleh dikunjungi. Ada banyak spesis buaya yang besar dan juga kecil. Selain itu jika datang pada waktu tertentu, ada persembahan dari staf taman buaya dengan buaya yang ada disitu.

Selain itu ada juga disediakan aktiviti lain seperti berikut:

  • Menunggang kuda & kuda padi.
  • Mini Bikes for Tiny Tots.
  • “Rumah Hantu”.
  • Train Rides into Jurassic World

tamanbuaya

3) Mini Malaysia dan Asean

Mini Malaysia merupakan sebuah taman tema yang menceritakan tentang sebahagian daripada budaya dan cara hidup etnik di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Di dalam taman ini ada memaparkan secara terperinci replika rumah-rumah tradisional yang terdapat di negeri-negeri di Malaysia serta rumah-rumah tipikal di negara-negara ASEAN.

minimalaysia

Taman mini ini terletak selepas keluar tol Ayer Keroh disebelah kiri jalan dalam 1km dari tol. Memang akan nampa jelas disebelah kiri, rumah replika. Selain itu ada juga chalet untuk disewa bermalam.

Selain daripada tempat menarik di atas, ada banyak lagi tempat lain yang menarik di Ayer Keroh seperti Muzium Lebah, Melaka Wonderland Theme Park, Seri Negeri, Melaka Mall, Jaya Jusco, MITC dan macam2 lagi. Akan diupdate kemudian.

Selamat Bercuti…

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge