Tempat Menarik Di Batu Pahat Johor

Batu Pahat merupakan salah satu daerah yang terdapat di negeri Johor. Batu Pahat mempunyai bandar yang boleh dikatakan bandar yang kedua terbesar di Johor selepas Johor Bahru. Bandar Batu Pahat ni terletak ditengah2 Johor antara Segamat di utara dan Johor Bahru di selatan.

Jika anda berkunjung ke Batu Pahat terdapat banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati. Tempat menarik boleh dikategorikan kepada tempat rekreasi, tempat bersejarah, pusat peranginan, pusat membeli belah dan lain2. Batu Pahat juga mempunyai salah sebuah universiti awam iaitu UTHM yang terletak berdekatan dengan pekan Parit Raja.

Tempat perlancongan atau rekreasi yang ada di Batu Pahat adalah seperti Tasik Y yang terletak berdekatan bandar dan juga Pantai Minyak Beku yang terletak agak jauh sikit dari bandar iaitu dalam 10km lebih. Kedua2 tempat ni sesuai untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.

Selain tu, ada juga tempat membeli belah yang menarik seperti di Batu Pahat Mall atau dikenali dengan nama BP Mall, ada juga pasaraya AEON Big, Big Square dan lain2. Untuk yang minat membeli belah barangan tembikar, barangan kraftangan, dan barangan perkahwinan bolehlah berkunjung ke Ayer Hitam yang terletak berdekatan dengan tol PLUS. Banyak barangan yang murah dan pilihan memang menarik.

batu pahat walk

Tempat penginapan yang ada pula seperti Katerina Hotel, PineTree Hotel, Pelikan Hotel dan lain2 seperti Homestay dan sebagainya. Kalau nak gi makan, boleh cari tempat makan seperti Beriani Gam berdekatan hospital Batu Pahat, dan juga berdekatan jambatan sungai Batu Pahat.

Apapun selamat melancong di dalam negara k.

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Tempat Menarik Di Batu Pahat Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge