Akhbar Ireland Mohon Maaf.

Berikutan penyiaran gambar separuh bogel Kate Middleton di akhbar Daily Star,penerbit akhbar tersebut tampil memohon maaf kerana telah mencerobohi privasi isteri pewaris kedua takhta Britain,Putera William.

Kelmarin akhbar itu telah menyiarkan gambar Kate yang kini memakai gelaran Catherine,Duchess of Cambridge sedang berjemur tanpa memakai coli di sebuah rumah di Perancis.

Gambar tersebut pertama kalinya disiarkan oleh majalah Closer di Perancis dimana ia dirakamkan oleh seorang paparazi ketika William dan isterinya itu bercuti di sebuah rumah di negara tersebut.Permohonan maaf itu dikemukakan oleh syarikat Independent News & Media(INM) yang menerbitkan akhbar berkenaan.

“Bagi pihak INM, saya menawarkan permohonan maaf saya,” kata Ketua Eksekutif INM,Joe Webb.

Beliau berkata,pihaknya akan melancarkan siasatan bagi memastikan kesilapan yang sama tidak berulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge