‘Ali Setan’ dapat permit sementara beri ceramah motivasi di Selangor

Bekas pelakon terkenal Azmil Mustapha, 60  atau lebih popular dengan watak Ali Setan memberitahu dia memperoleh permit sementara daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyampaikan ceramah motivasi.

Azmil Mustapha yang telah lama bersara dari dunia lakonan kini menjadi penceramah bebas. Menurut Azmil, dia mendapat permit itu bagi satu program anjuran Jais di Bukit Kemuning , Selangor pada Disember tahun lalu.

Menurut Azmil lagi, “Saya tidak berminat untuk menceburi bidang politik walaupun pernah ditawar menjadi calon oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Saya hanya mengikut cara kehidupan saya sendiri dan hanya berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah
(ketika menyampaikan ceramah),” katanya pada sidang akhbar di Shah Alam, hari ini.

Pada era kegemilangannya dulu, Azmil Mustapha pernah membintangi beberapa filem seperti Ali Setan, Ali Setan II serta Mekanik.

Azmil_1

Azmil Mustapha kini penceramah bebas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge