Brangelina Bollywood Bakal Berkahwin.

Aktres Kareena Kapoor dan aktor Saif Ali Khan kini meraih label Brangelina versi Bollywood dimana Brangelina merujuk kepada pasangan pelakon tersohor Hollywood,Brad Pitt dan Angelina Jolie yang sudah bercinta dan bersekedudukan tanpa sebarang ikatan pernikahan selama tujuh tahun.

Manakala Kareena dan Saif pula melakukan perkara yang sama sejak lima tahun yang lalu.Kareena bersikap terbuka mengenai perkara tersebut kerana dia tidak malu dilabelkan setaraf pasangan Brangelina atau lebih tepat dirinya kini diumpamakan sebagai Angelina Jolie versi Bollywood,khususnya daripada segi bersekedudukan tanpa nikah dengan kekasih hati.Ia ekoran gosip tersebar sejak beberapa bulan lalu mengatakan dia dan Saif bakal berkahwin sekitar bulan Oktober ini.Malah tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 18 Oktober ini sudah didedahkan kepada media baru-baru ini oleh ibu Saif sendiri iaitu aktres veteran legenda Sharmila Tagore.

Menurut laporan-laporan akhbar di India baru-baru ini,Saif sudah menghantar beberapa dokumen undang-undang di pejabat pendaftaran Bandra,Mumbai,India pada 12 September lepas bagi membolehkan dia mengahwini Kareena.Namun disebabkan oleh kesibukan Saif dengan projek filem terbaru lakonannya,Go Goa Gone,tarikh perkahwinannya telah ditunda.

Mengikut undang-undang di India,bagi pasangan yang ingin berkahwin mereka perlu menghantar borang berkaitan sekurang-kurangnya sebulan awal bagi mendapatkan kebenaran perkahwinan.Justeru,Kareena dan Saif dijangka akan berkahwin selepas 12 Oktober nanti.Namun,pasangan ini masih mengunci mulut mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Ketika ditemui wartawan di India dan ditanya mengenai tarikh sebenar perkahwinan itu baru-baru ini,Kareena secara sinis menegaskan bahawa dia sudah lama ‘berkahwin’ dengan Saif.

“Sudah lima tahun saya dan Saif tinggal bersama.Kami beli rumah dan menghias rumah itu bersama-sama.Saya juga sudah jumpa keluarganya dan semua orang tahu mengenai hal ini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, perkahwinan mereka cuma masih belum ada pengesahan di atas kertas dan mereka akan melakukannya tidak lama lagi.

“Ertinya saya sudah berkahwin dengan Saif dan menjadi Puan Saif Ali Khan bukan suatu perkara baharu buat saya,” ujar Kareena yang baru-baru ini turut menerima ucapan tahniah daripada pasangan Brangelina berhubung perkahwinan mereka itu.

Sebelum ini Saif pernah berkahwin dengan aktres Amrita Singh dan mereka memperoleh dua anak iaitu Ibrahim dan Sarah.Semasa ditanya tentang hubungan Kareena dengan anak-anak Saif daripada perkahwinannya terdahulu,Kareena berkata dia tiada masalah dengan mereka dan hubungan mereka baik sekali.

“Saya menyayangi kedua-dua Ibrahim dan Sarah seperti mana mereka menyayangi saya.Ibrahim dan Sarah juga hormati saya. Mereka sedang membesar dan Sarah kelihatan sangat cantik.”

kareena kapoor bersama kakaknya,karisma kapoor ketika menghadiri sebuah majlis.

Isu tarikh perkahwinan Kareena dan Saif sebenarnya telah bertiup kencang sejak tahun lepas lagi,apabila pasangan itu dikatakan akan berkahwin pada bulan Februari atau Mac tahun tersebut.Sekarang ini timbul tarikh baharu pula.Kareena dan Saif dikatakan akan berkahwin pada 16 Oktober ini, tetapi Kareena pantas menafikan perkara berkenaan dengan berkata

“Sejak tahun 2009 sehingga kini,ramai pihak membuat spekulasi sendiri mengenai tarikh perkahwinan kami.Jangan risau,jika kami benar-benar berkahwin,sudah pasti kami akan mengumumkannya kepada media dan peminat semua,”

Walaupun sering diasak dengan pelbagai khabar angin mengenai tarikh perkahwinannya,Kareena tetap memberi tumpuan utama terhadap kariernya.

“Saya perlu bersikap profesional dan tidak mudah melatah.Industri hiburan pastinya mengundang pelbagai gosip dan anda perlu bijak menanganinya,” ujar Kareena.

Dalam perkembangan sama,setelah berkahwin nanti,Kareena dikatakan akan menukar namanya menjadi KKK atau Kareena Kapoor Khan.

“Saif tidak mahu saya mengubah apa-apa selepas berkahwin nanti termasuklah nama saya,tetapi saya tetap akan menggunakan nama Kareena Kapoor Khan,” ujarnya.

“Ia cukup bermakna buat saya kerana mempunyai dua nama keluarga hebat dalam industri perfileman Bollywood,” katanya seperti dilaporkan Times of India.

Selepas berkahwin nanti kemungkinan Kareena tidak akan menukar agamanya kerana ketika ditanya mengenai agama anutannya selepas berkahwin dengan lelaki Muslim itu,Kareena yang beragama Hindu menjawab dalam nada tegas,

“Itu satu soalan yang salah.Saya tidak akan menjawabnya.Sebelum ini media melaporkan bahawa Saif tidak akan memaksa bakal isterinya untuk menukar agama asalnya.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge