Dr Rozmey digantung 2 tahun oleh Majlis Perubatan (MMC)

Dilaporkan Datuk Dr Che Rozmey Che Din telah digantung keahliannya oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) selama dua tahun berkuatkuasa 14 Mac lepas.

Dr Rozmey yang juga Pengasas syarikat Herba Marketing Sdn Bhd itu digantung kerana melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971. Beliau akur dengan keputusan pergantungan itu dan tidak akan mengemukakan rayuan kerana tidak lagi bertugas sebagai pakar sakit puan sejak 2008.

Sementara itu Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman semalam telah berkata, Dr Rozmey didapati bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu, mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Walaupun digantung keahlian tersebut oleh MMC, Dr Rozmey memberitahu tindakan itu tidak menggangu perniagaannya kerana semua produk keluaran syarikatnya selamat dan berkesan serta mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Antara produk Dr Rozmey yang terkenal dipasaran ialah Jus Diet Mate 5.


Gambar Dr Che Rozmey Che Din – foto Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge