[Gambar] Nik Aziz Lelong Tongkat Jana Dana PRU13

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam telah melelong tongkat yang digunakannya sejak sekian bagi menaja dana Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau telah membuat pengumumam untuk melelong tongkat kesayangan tersebut selepas beliau menyampaikan kuliah agama mingguan di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi semalam.

Sebelum ini wakil Pas Pusat memaklumkan kepada Nik Aziz mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana bagi pilihan raya umum nanti,” katanya semalam.


Nik Aziz menunjukkan tongkat yang hendak dilelong. Dilaporkan tongkat ini telah diserahkan kepada seorang wakil yang akan menunaikan hasratnya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “[Gambar] Nik Aziz Lelong Tongkat Jana Dana PRU13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge