Gosip Safee Sali Bercinta dengan Julia Hana: ‘Itu fitnah, Mungkin Pelanduk 2 Serupa’

Ada berita gosip mengatakan Julia Hana sedang bercinta dengan Safee Sali dan dikatakan juga mereka menghabiskan cuti bersama di Langkawi baru-baru ini.

Julia Hana memberitahu dakwaan itu adalah fitnah dan tidak berasas, mungkin pelanduk 2 serupa apa yang dilihat oleh orang yang mula buat gosip tersebut.

“Saya terkejut kenapa nama saya dikaitkan dan sememangnya mulut-mulut orang kita tak boleh nak tutup.

“Mungkin orang yang mendakwa itu ternampak pelanduk dua serupa dan kita juga tidak boleh percaya dengan cerita sebegini kerana tiada sebarang sumber, contohnya gambar yang dapat mengesahkan perkara itu dan sememangnya mustahil kerana saya sekarang tidak bercuti ke mana-mana kerana sibuk serta terikat dengan penggambaran drama bersiri Evolusi KL Drift untuk tayangan RTM,” kata Julia.

Kenyataan Safee Sali pula beliau memberitahu Julia bukan kekasihnya dan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Langkawi.

Baru-baru ini dilaporkan ada laman portal mendakwa Safee dan Julia Hana  dilihat beratur bersama di Langkawi Cable Car Langkawi serta lagak mereka berpegangan tangan menguatkan andaian mereka bercinta. Tapi semua itu hanyalah fitnah semata-mata selepas kedua-kedua selebriti ini menjelaskan gosip ini.
Murah Rezeki..Safee Sali kini menjadi duta SYM – foto motomalaya.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge