Jimmy Shanley Kini Deejay U FM

Pengacara TV,  Jimmy Shanley kini bergelar deejay radio di U FM. Menurut Jimmy dia mula bertugas di stesen radio U FM sejak hari  Isnin lalu menerusi segmen pagi yang bermula pada pukul 6 hingga 10 pagi dan Jimmy bertugas bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat.

Kata Jimmy , U FM baru saja beroperasi iaitu kira-kira 2 minggu lalu dan setakat ini hanya beroperasi di Lembah Kelang. Pendengar yang ingin mendengar radio ini bolehlah  mengikuti menerusi frekuensi 101.3 FM.

Menurut Jimmy lagi hasrat untuk menjadi deejay itu adalah secara kebetulan apabila pada mulanya dia mahu mendapat penajaan bagi sebuah projek kerana khidmatnya sebagai perunding untuk pasukan Kelab Bola Sepak Pulau Pinang.

Namun tanpa disangka dia telah ditawarkan  menjadi DJ radio tersebut.

jimmy
Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33 – foto Mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge