Juara Asian Wave 2012, Shila Amzah terima hadiah RM1 juta

Shila Amzah dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta setelah berjaya menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di China malam kelmarin.

“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam murai.com.my.

Ketika pertandingan akhir kelmarin, Shila Amzah menyanyikan 3 buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu dalam bahasa Mandarin.

Selepas nyanyian Shila Amzah untuk lagu Grenade, seorang juri India ketika memberi komen berkata   ” Saya hanya ada satu perkataan untuk awak, Masyaallah”.

Pertandingan nyanyian Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.


Shila Amzah bersama trofi yang dimenangi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge