Khairul Fahmi Kahwin Dengan Leuniey Pada 28 Disember 2012

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama ‘Apek’  telah mengumumkan akan berkahwin dengan pasangannya, Leuniey Natasha atau nama penuhnya Nur Eilunie Natasha Nazri di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada 28 Disember nanti.

Difahamkan, pada majlis resepsi perkahwinan Apek dan bakal isterinya itu nanti, mereka berdua memilih konsep ‘English Garden Style’. Majlis itu akan diadakan  di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.

Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu pada 30 Disember 2012 berkonsepkan ‘Melayu Kontemporari’ manakala persandingan sebelah lelaki pula diadakan di kediaman rasmi Khairul Fahmi di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Khairul Fahmi Che Mat juga memberitahu perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokusnya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah akan diadakan  6 hari selepas final Piala AFF Suzuki.

Final Piala AFF Suzuki akan berlangsung pada 22 Disember 2012.

kredit BERNAMA

Video Sidang Media Pengumuman Majlis pernikahan dari Apex .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge