Penyanyi veteran Malaysia, Datuk Malek Ridzuan dan Datuk DJ Dave dijangka berangkat ke Myanmar bagi menyampaikan bantuan kepada rakyat Islam Rohingya di Myanmar. Misi sebenarnya telah dirancang bulan lepas dan ditangguhkan sejak 31 Ogos. Namun ianya akan diteruskan dalam masa terdekat.
“Saya sedih melihat berita yang dipaparkan setiap hari. Mereka dibunuh kejam tanpa belas kasihan” kata Malek Ridzuan.
Program bantuan ini turut disertai anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA). Diharapkan mereka yang pergi dapat sama2 memberi bantuan kepada penduduk Rohingya di Myanmar. Semoga Allah membantu orang2 Islam di luar sana.
Gambar Datuk Malek Ridzuan
Gambar Datuk DJ Dave
