Nabila Huda Seronok Mengembara.

Cukup terkenal dengan kelincahannya dan tidak gentar aktress nabila huda baru-baru ini menjejakkan kakinya ke bumi afrika.Dia mengaku tidak menyangka kunjungan ke negara yang jauh berbeza dari segi sosio dan budaya serta ekonominya itu berbanding Malaysia lebih daripada sekadar berbaloi.

Pelakon yang mesra disapa Abil itu menyatakan memilih Afrika, lebih khusus ke Kenya merupakan pilihan yang tepat kerana dia telah menimba banyak pengalaman yang berguna sebagai seorang pengembara wanita solo.Abil juga begitu teruja untuk meneruskan misi kembara secara solo selepas ini setelah mampu bertahan di bumi yang cukup asing bagi dirinya.

Keinginan untuk menyelam ke dasar laut Pulau Watamu,Kenya telah membuatnya terbang jauh meninggalkan bumi Malaysia menuju Afrika.

“Malangnya, apabila sampai di sana,cuaca buruk dan saya dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pantai, termasuk menyelam,” ujarnya.

“Saya pilih ke safari, satu aktiviti pelancongan wajib buat bila kita ke Afrika dan ternyata ia merupakan pengalaman yang tidak kurang mengujakan,” jelas Abil.

Pendapat Nabila tentang kembaranya ke Kenya,barangkali ia lebih mengujakan apabila dibuat dalam bentuk visual berbanding penulisan.Dengan berbekalkan sebuah telefon pintar iPhone,kamera serta sebuah kamera video,dia merakam kembaranya agar dia mampu berkongsi kisah dengan peminat dan rakan-rakan.

Menariknya,terdapat pihak yang berminat dengan kembara solo yang dilakukan anak rockers Amy Search ini dan menawarkan dia untuk membuat dokumentari atau travelog tentang kembara ke Kenya tersebut.

“Ya,ada pihak yang mahu membuat travelog untuk saya.Sebab itu,untuk pertama kali juga saya telah membawa kamera video untuk merakam momen-momen saya di sana,”

Kurang 24 jam berada di Malaysia sebaik pulang dari Afrika,Abil terbang ke Korea Selatan pula.Kali ini,dia ke Korea atas tuntutan kerja.

Dia akan berada di sana untuk tempoh 10 hari untuk menjalani penggambaran drama Julia bersama Fizo Omar,Izreen Azminda dan ramai lagi. Dalam masa yang sama,dia turut menjalani sebuah lagi produk untuk terbitan TV9.

“Saya amat sayangkan karier saya. Karier saya telah membawa saya ke merata dunia.Bukan sekadar menerusi lakonan, tetapi duit yang saya kumpul dari hasil titik peluh berlakon ini juga saya gunakan untuk mengembara.Sementara saya kini sudah kembali hidup solo dan masih muda,saya mahu pergi mengembara ke sebanyak mungkin destinasi yang saya ingin. Mengembara adalah impian saya sejak dulu dan kini saya sedang merealisasikannya satu persatu.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge